Monday, November 29, 2010

contoh ringkasan mengajar sains tahun 1 2011 dan TMK.(KSR)

Ini adalah contoh ringkasan mengajar sains dan teknologi utk tahun satu 2011.Hasil dari perbengkelan guru2 hilir perak semasa kursus di SK kg Bahagia pd 24-25 nov 2010.

PENULISAN  RANCANGAN PENGAJARAN TMK
Topik
Bunyi Haiwan
Tahun
1 Bestari
Tempoh Masa
60 minit
S.K TMK
6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
S.P TMK
6.1 Mengukuhkan persembahan multimedia (MS Powerpoint) sedia ada seperti memasukkan fail audio.
Aktiviti

LANGKAH 1

Guru memaparkan beberapa contoh persembahan slaid berkaitan bunyi haiwan. 

-     Minta murid menghidupkan computer dengan tatacara
      yang betul

-     Murid diminta membuka ikon aplikasi MS PowerPoint.

LANGKAH 2

i - Guru menerangkan aktiviti yang perlu dilakukan untuk   
    menghasilkan kesan bunyi yang dikehendaki.
-          Bunyi haiwan : Kucing, Gajah, Cimpanzi, Harimau
     

ii – Murid diminta membuka fail MS Power Point yang telah
      dibuat pada sesi pembelajaran yang lepas.

Iii – Guru tunjuk cara dan murid aplikasi pada tugasan mereka.

-          Klik fitur ”Insert” untuk memilih fitur ”Media Clips”.
-          Kemudian, pergi ke fitur “Sound” dan pilih “Sound from file”.
-          Dari “Sound from file”, klik fitur “Pilih Bunyi”.
-          Akhir sekali, klik fitur “OK”.

LANGKAH 3

Murid diminta mengaplikasikan langkah-langkah di atas dalam tugasan yang mereka siapkan pada pelajaran lalu.

LANGKAH 4

Murid diminta membuat hasil persembahan tugasan mereka kepada kelas.

Pentaksiran
1. Pemerhatian guru terhadap hasil persembahan murid.

2. Guru memberi tugasan kerja rumah menggunakan kemahiran yang telah dipelajari
-          Contoh : Bunyi beberapa buah kenderaan seperti lori, kapal terbang, keretapi, motosikal.




Contoh ringkasan mengajar            Sains Tahun 1


Tajuk:

Hidup atau bukan hidup?


Ringkasan


Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup
dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.


Standard:
Kandungan


Sains Hayat

1.1  Memahami ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup.


Standard Pembelajaran:


1.1  .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

1.1.3   Menjelaskan pemerhatian secara lakaran,TMK,   penulisan atau lisan.


EMK

  1. TMK


Tempoh masa:


60 minit (2 waktu)


Sumber:

1.      Teks bacaan – benda hidup, benda bukan hidup.
2.      Lembaran Kerja 1 - Penilaian
3.      Lembaran kerja 2 - Penilaian
4.      Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6.   Lembaran kerja 4 – Pengayaan
7.   Komputer


Aktiviti:


1.  Guru mengarahkan murid menamakan 5-10 benda di
     sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan
     sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (persekitaran sekolah)


1.1   Menama dan menyenaraikan 5 benda-benda yang  
             terdapat di kawasan kajian.
1.2   Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan
        pemerhatian mereka.




2.      Kembali ke bilik darjah

2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis. (Guru belum memperkenalkan / menyebut  benda hidup dan benda bukan hidup)

2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil berinteraksi dengan beberapa soalan berkaitan seperti:

i.                   Apa tujuan kita mengumpulkan gambar – gambar  ini?
ii.                 Apakah persamaan dalam gambar ini?
iii.               Apakah perbezaan pada gambar ini?

2.3 Murid menerangkan kepada kelas tentang lakaran yang ditampalkan di dalam ruangan tersebut.



2.4 Pengukuhan & pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)


3.      Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan Teks bacaan.


4.      Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru meminta murid menyediakan jadual menggunakan ms word.

4.2 Guru meminta murid menamakan dan mengelaskan
      benda hidup dan bukan hidup mengikut ruangan  
      pengelasan yagn betul di lembaran kerja 2

Penilaian:
 Menyiapkan Lembaran Kerja 1 .

Aktiviti
Pemulihan:


Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Murid menyiapkan lembaran kerja  3

Aktiviti
Pengayaan:
Murid menyiapkan lembaran kerja 4



No comments:

Post a Comment