Tuesday, November 30, 2010

PENGALAMAN BERSALAIN (URI TERPUTUS DUA)

Ini adalah pengalaman bersalinku yg telah ku tuliskan untuk Mingguan Wanita Januari 1996.Dgn tersiarnya penulisanku yg julungkalinya ini merupakan satu penghargaan dan pengalaman menulis yang bermakna pada diriku sendiri.


Alhamdulillah,perkahwinanku dengan suami yang suka sama suka telah mencecah lebih dari 10 tahun.Dengan anakku yang ketiga tika itu telah berusia lima tahun membuatkan aku sedikit selesa kerana tidak perlu menggendong atau mengusung "beg tangan" kemana-mana pergi.

Permintaan suamiku yang inginkan anak lagi sebelum dia bersara (tentera) pada mulanya aku berasa sedikit keberatan. Namun demi mengukuhkan lagi institusi perkahwinan kami, aku akhirnya akur dengan permintaannya.Setelah beberapa bulan berusaha, akhirnya pada bulan Ramadhan 2003 aku telah "berpuasa penuh".Memandangkan kali ini kehamilan aku yg keempat,aku hanya mengunjungi klinik keluarga hanya setelah kandungan mencecah empat bulan. Segalanya berjalan lancar dan aku tidak mengalami masalah atau alahan yang teruk sepanjang kehamilan ini, sama seperti pengalaman ketiga-tiga anakku yang lepas.

Bagaimanapun aku perasan bayiku kali ini suka mengeras, ini membuatkan perutku berasa tegang dan aku berasa tidak selesa. Keadaanya berlarutan sehinggalah kandunganku mencecah 9 bulan.Malam itu bayiku mengeras lagi dan mula tidak bergerak-gerak, seterusnya perutku terasa tegang dan aku tidak lena tidur. bermacam cara aku lakukan sehingga aku menonggeng bagi membuatkan bayiku berada dalam kedudukan "normal" semula.Aku tidak mengejutkan suami yang lena tidur kerana beranggapan itu perkara biasa.Namun sehingga menjelang subuh bayiku masih tetap mengeras dan tidak bergerak-gerak.Semasa suamiku ke tempat kerja yang jauhnya 1 jam perjalanan dari rumahku,aku sempat memberitahu keadaan ku yang tidak selesa, namun memandangkan jangkaan bersalin ada dua minggu lagi, suamiku hanya berpesan agar segera menghubunginya sekiranya ada apa-apa yang berlaku padaku.

Jam 6.30 pagi,aku cuba bangkit tetapi tiba-tiba aku terasa cecair panas mengalir di kakiku, cepat-cepat aku duduk semula. Aku meminta anakku memanggilkan jiran sebelah. Jiranku menasihati agar segera ke hospital sebaik melihat banyak darah telah keluar.Jam 7 pagi aku tiba di hospital dan jururawat serta doktor kehairanan kerana mendapati darah yang keluar bukanlah "darah show" tetapi "frehs blood". Mereka juga membuat "scan"kerana khuatir uri berada di bawah namun mereka mendapati kedudukan kandunganku normal. Jam 8.30 pagi, ketubanku dipecahkan dan aku dibawa ke wad bersalin. Tiada sakit bersalin yang kurasa, sekadar sakit pinggang yang amat sangat. Sementara itu doktor cuba "membangunkan" bayiku yang masih mengeras dengan menggoyangkan serta menepuk-nepuk perutku sambil mengatakan bahawa bayiku tidur dan tidak mahu jaga. Ini kerana tiada pergerakan bayi yang dapat dikesan melalui mesin yang dipasang keperutku.Namun begitu degupan jantung bayi kuat kedengaran. Akhirnya jam 10.00 pagi aku tiba-tiba terasa hendak membuang air besar yang amat sangat. Dengan hanya dua tiga kali teran, bayiku selamat dilahirkan jam 10.15 pagi pada 9 julai 2004 dengan hanya seberat 2.34 kg.Namun doktor mendapati uriku terputus dua sebaik ianya dikeluarkan Ini bermakna itulah punca mengapa aku "bleeding". Tidak lama selepas itu, jururawat memberitahu anakku dibawa ke wad ICU kerana mengalami masalah pernafasan.Patutlah aku dapati anakku tidak menangis sekuat bayi lain dan tubuhnya kebiruan. Mungkin dia hampir lemas.

Malangnya, aku juga didapati mengalami turun darah yang mungkin disebabkan masih ada sisa uri yang belum bersih.Akibatnya aku telah "dicuci" sekali lagi sehingga doktor berpuas hati, hanya Allah saja yang mengetahui betapa sakitnya aku waktu itu.Dengan itu aku dimasukkan 4 pain darah bagi menggantikan darahku yang hilang.Setelah empat hari berada di wad bersalin, aku dipindahkan ke wad biasa dan itulah kali pertama aku memegang dan menyusukan bayiku. Tidak habis di situ sahaja,aku sekali ditahan di wad bayi kerana bayiku mengalami sakit kuning.Selepas 10 hari barulah barulah aku dan bayiku dibenarkan pulang ke rumah.Kini bayiku Hani Husnaira telah berusia setahun setengah.

No comments:

Post a Comment