Thursday, October 26, 2017

TRAVEL TO KRABI (PART 2 DAY 2)

Hari kedua di Thailand, waktu yang berbeza dari Malaysia, pukul 7.30 pagi, sarapan telah disediakan. Pn Faezah menyediakan menu nasi goreng udang, beberapa jenis kuih dan kopi/teh 3 i 1. Menariknya hidangan disediaka di dalam bekas/ tupaware utk setiap orang.Tukang masaknya bernama Asmawi lelaki muda bujang berasal dari Patani/ Yala yang boleh berbahasa melayu.Kami berborak dan bercerita banyak perkara terutama adik yang ingin mengetahui tentang bahan untuk masakan thai. Asmawi sempat mempelawa kami untuk melihat cafe miliknya dan juga membawa kami ke kedai yang menjual bahan-bahan untuk masakan thai. Asmawi sempat membawa kami pusing kampung melalui jalan potong untuk pulang ke resort.
Setelah pulang ke resort, kami bersiap2 pula untuk melihat2 pekan satun. Kami ke pekan satun dan sempat singgah ke pusat membeli belah seperti tesco tapi lebih dikenali sebagai tesco lotus. Tidak ramai pengunjung di pasaraya itu. Sempat membeli sehelai dua baju utk anak sebagai kenangan, kami pergi pula ke pasar minggu satun  yang kebetulan telah kami tempuh sebelum
Ke tesco. Pelbagai aneka makanan dan jualan yang dapat dilihat di pasar itu. Pengunjungnya juga ramai. Kami membeli beberapa jenis makanan yg dirasakan unik. Memang menarik jualan dari pakaian,makanan, dan lain2 ditambah dengan harga yg agak murah dan patut, 


namun kami tidak punya banyak masa kerana akan cekout pada jam 12.00 tengah hari.  Kami ssgera pulang utk berkemas dan serah kunci resort sebelum bergerak ke pulan lanta. Namun sebelum beredar, sempat pula pn farzah mempelawa kami merasa hidangan tengah hari yang dimasaknya sendiri.hidangan yg simple tetapi nampak sedap. Yang agak lain dalam hidangan itu ialah penggunaan beras hitam atau rice berry. Rupanya seakan pulut hitam namun ia agak sedikit beza.

Perjalanan menuju ke Koh Lanta diteruskan pada tengah hari itu. Kira-kira pukul 3 petang kami tiba di jeti menunggu feri untuk ke Koh LAnta. Banyak kenderaan keluar dan masuk ke pulau tersebut. 
Percaya tak, Proton Saga kami ini berjasa membawa kami sekeluarga mengembara ke bumi Thailand. Susah nak cari kenderaan kecil seperti ini di negara tersebut lebih-lebih lagi kebderaan keluaran Proton.

Dari atas feri menuju ke Koh Lanta sambil menyaksikan pemandangan pulau yang kehijauan dan menarik.

Pemandangan di tepi pantai berhampiran Chalet tempat kami bermalam di Koh Lanta.Kami tiba di chaet tersebut kira-kira jam 6.45 petang.

        Seisih dengan feri yang keluar dari Koh Lanta menuju tanah besar.



Malam itu kami keluar makan sambil meninjau suasana malam di Pulau Lanta. Tidak banyak kedai makan dan restoran yang dibuka kerana waktu ini bukan musim melawat. Tambahan pula dengan tempias hujan renyai yang belum berhenti. Kami mencari kedai makan muslim dengan melihat cara pakaian pekerja di kedai tersebut. Walaupun kebanyakan penduduk di pulau itu adalah muslin namun ramai orang luar yang bukan muslim membuka kedai dan hotel untuk tujuan pelancongan.

Pertama kali mencuba makanan ini sangat tidak mengecewakan. rupanya ia seakan murtabak / kulit roti canai yang diletakkan inti/ perisa  di atasnya seperti coklat, pisang atau strawberi. Enak dimakan sebagai snek.

Malam itu kami sekeluarga mencuba menu ini,tomyam Koh Lanta, ikan steam lemon,dan telur dadar.










No comments:

Post a Comment