Wednesday, November 6, 2013

Rencah hidup

Dah lama aku tak mencoret... Rasanya bila semakin lama tidak menulis semakin berat pula jari untuk menari di askara-askara tinta. Biarpun dalam kepala ini pelbagai idea dan garapan yang timbul untuk disalurkan namun semuanya tetap beku dan kaku di pinggir waktu yang terus berlari.
Sesuai dengan tajuk rencah hidup,biarlah kali  ini aku bercerita tentang situasi senario kehidupan manusia ni. Aku tertarik pada kisah kawan- kawan yang diduga dengan karenah ibu bapa. Ianya berlaku dalam kehidupan sekeliling kita. 

Alkisah, sahabatku ini merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 anak setelah kematian suaminya. Bermulalah dugaannya pabila terpaksa tinggal serumah dengan ibubapanya lantaran memikirkan keselamatan 4 anak-anaknya yang  masih kecil. Syukurnya sahabatku ini mempunyai kerjaya tetap.Dugaan duduk dengan orang tua memang menyesakkan bilamana secara tidak langsung tugas menyara ibu bapanya seolah terletak di bahunya. Walau adik beradiknya ramai dan ada yang menghulurkan bantuan namun ianya tidaklah begitu mencukupi. Bagaimanapun yang menjadi kekesalan dan rasa kasihan melihat nasib sahabatku ini adalah sikap ibunya yang seolah tidak menghargai susah payah sahabatku ini menguruskan keluarga dalam karenah ibubapanya. Apa yang lebih mengharukan lagi sahabatku ini berkhidmat boleh dikatakan bukan semata-mata untuk keluarganya malah kepada jiran tetangga dan juga masyarakat sekampungnya!. Dari bantuan tenaga dalam bentuk tolong menolong untuk kenduri kendara sehinggalah menjadi pemandu untuk mereka tidak kira waktu siang atau malam.

Sahabatku ini tidak mampu untuk menepis semua permasalahan yang dihadapinya malahan terpaksa menelan apa sahaja biarpun pahit dan seolah di luar kemampuannya. Semua yang kunyatakan adalah berdasarkan pemerhatian dan pergaulan aku dengannya. Sesungguhnya aku sangat mengagumi dan sangat simpati dengannya yang seakan menggalas dari a hingga z permasalahan keluarga mereka. Bagaimanapun beliau memang seorang yang tabah dan sabar mendepani karenah yang adakalanya masyarakat melihatnya seperti tidak masuk akal. Contohnya. Kawanku ini tidak bebas untuk berbelanja kepada diri dan anak-anaknya kerana kongkongan dari ibunya sehinggakan kawan membeli almari pakaian untuk mereka pon ibunya boleh menangis tidak setuju!. Apatah lagi apabila dia membeli rumah, motor dan kereta!. Namun kawan ini tetap sabar menahan telinga dan niatnya adalah untuk kemudahan keluarga dan ibu bapanya jua. Syukur rezeki kawan menjaga ibu bapa, dia dikurniakan anak2 yang baik dan bijak!.syukur juga kawanku ini berjaya mendapatkan ijazahnya walau dalam keadaan yang sangat sebok. Kadang2 kasihan melihat kawan ini leletihan dan mengantuk di siang hari kerana perlu berjaga seawal jam 4 pagi lantaran membantu ibunya memasak nasi lemak dan kuih- muih untuk jualan. Cuma yang mengharukan bilamana banyak modal berniaga itu adalah dari poketnya sendiri namun dia sendiri tidak merasa hasil untung jualan tersebut kerana diambil oleh ibunya semua. Esok pula dia akan keluarkan modal lagi untuk jualan hari berikutnya sehinggalah bertahun2 lamanya. 

Memang kawan ini tidak pernah mengeluh namun bagi kita yang melihat ini sudah terasa berat, inikan pula bahunya yg memikul. Dalam waktu yg sama anaknya kian besar dan dewasa. Adakalanya perlu juga dia berfikir untuk keperluan anak2nya pula. Sedangkan sikap ibu bapanya masih tidak berubah mengawal dan mengongkongnya pada perkara yang kurasakan tidak sesuai dan keterlaluan. 
Seterusnya juga kisah yg hampir serupa pada insan yang ku gelarkan S sahaja yg juga menghadapi konflik dengan ibu bapa juga. Bolehlah dikatakan S ini banyak jasanya pada keluarga ibubapanya namun dia tidak pernah mengungkit. Apa yang menyedihkannya ialah bila dirasakan keluarganya terutama ibu bapanya seolah telah lupa segala susah payahnya membantu keluarga selama ini dan seolah dia disisihkan dari adik beradiknya yg lain. Kekecewaan hatinya kadang sukar untuk disimpan tika melihat ibu bapanya menyambut meriah kepulangan ank cucunya yg lain sedangkan tidak untuk keluarganya. Ibunya sanggup bersusah payah memasakkan makanan kegemaran anak yang lain tetapi tidak untuk dirinya. Sedangkan jika ilutkan, ibunya tidaklah kuat lagi untuk memasak.
Begitu juga ibunya rancak berbual dengan anak menantu yg lain tetapi hanya bercakap sepatah dua sahaja dengan dirinya.
Mudah- mudahan kawan2 ku ini akan mendapat redho Allah atas susah payah mereka membantu keluarganya. Jika tidak balasan dunia mudah2an  akan mendapat balasan syurga di Sana!. Amiiin!. Hmmmm... Inilah sedikit sebanyak rencah- rencah hidup insan dengan pelbagai dugaan yang menguji iman.


No comments:

Post a Comment