Thursday, February 21, 2013

KENANGAN TERINDAH - SKHK

 
Tentu ada segelintir yang pelik dan tak kurang yang akan cop apa yang aku buat ni sebagai mengarut dan sia-sia...tapi sesungguhnya, apa yang aku lakukan ini sebenarnya memberi banyak impak dalam kehidupanku seharian khususnya.


Aku nak ceritakan tentang kenangan terindah antara aku dan kenalan2 facebook aku yang tanpa disengaja dan disadari hanya bertemu mula di alam maya.Group Facebook aku tu dinamakan Suara Kami Hak Kami dan bagaimanapun kemudian ditukarkan kepada Suara Keikhlasan Hamparan Kemesraan. Ya manis kurasa

 ialah bilamana nama grup yang ke dua itu adalah merupakan idea dari diriku sendiri yg telah diterima oleh admin. Setelah terbit perasaan saling ingin mengenali lantaran kemesraan yang ditunjukkan dalam alam maya sangat terasa keikhlasannya, maka aku dengan yakinnya telah menguatkan semangat untuk turut sama merasai detik-detik perkenalan kali pertama bertentangan mata bersama rakan fb ini yang diadakan di hotel Seri Malaysia Sg Petani Kedah pada 23.11.2012.


bersama Kak Mahani dan Shasha shafie.
Percayalah, kenangan itu tetap kan terpahat kukuh dalam sanubari ingatan lantaran padaku ianya merupakan saat yang manis, saling mengenali dan menerima sesama ahli tanpa memilih bulu. Kemesraan yang dipamerkan sungguh terkesan di hati ini dan ianya teramat indah. Padaku, gambar2 yang dilampirkan ini sudah cukup menggambarkan kemeriahan pertemuan itu.

Biarpun aku melangkah kaki ke pertemuan itu dengan seribu satu perasaan segan, cuak, malu dan banyak lagi dup! dap! dup! dapnya..memandangkan, inilah kali pertama bertemu mata dengan rakan seahli.Namun alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan kemesraan jelas terpancar di wajah semua.



Rentetan dari pertemuan yang pertama itu, berlakulah lagi siri pertemuan-pertemuan lain, dan yang kali ke dua yang aku join  kali ini berlaku di rumah seorang ahli otai grup SKHK iaitu Mt Rani MH yang kami selesa panggil Tok Wan Rani. Sambutan dan kereiahan yang terpamer di perjumpaan itu sungguh mengharukan. Walaupun serba ringkas dan simple, namun kemeriahan itu jelas terpampang dan membuatkan semua ahli bagai berat hati untuk pulang.

No comments:

Post a Comment