Aku nak perasan sikit sempena hari guru tahun ini. maklum, nak rasa yang real punya belum tentu dapat, jadi akupun masuk bakul angkat sendiri lah. (bakul aku bocor, siap ada dua lobang untuk kaki).Ada yg bernasib baik dan kaki bodek tu, belum kompem lagi dah dapat apc, kami yang dah lanjut berkhidmat ni, tolong tengok jer mereka-mereka yg dapat tu.Gambar yang ada tu adalah sempena hari guru yang beberapa tahun dulu punya, masa tu sekolah aku buatlah anugerah mengikut kategori tertentu. Kategorinya tak banyak sangat rasa-rasa aku tak sampai sepuluh kategori. Guru kat sekolah tu punyalah ramai, anggaran 30 orang rasanya.(kira ramai la tu..luar bandar) Aku suspen jugak kalau tak sangkut salah satu anugerah, tentu aku sedih sebab rasanya aku ni antara guru yang ramai murid suka (hehehehe...aku perasan!)
Alhamdulillah, anugerah yang aku dapat tu memang lah selayaknya...ANUGERAH GURU SPORTING!.
haaa...betul dan benar gerak hati yang aku rasa.
Bukan apa...apabila aku teringat ada peristiwa yang telah mencetuskan titik hitam dalam perkhidmatan keguruan aku...
Apa yang berlaku telah menjadi salah faham dan aku pun tak boleh nak fahamkan orang, apabila sudah jadi rutinku dalam kelas, aku mengingatkan murid2 agar segera mencari aku jika aku lewat masuk atau terlupa ada kelas. Dan pesanan ini memang sudah murid sedia maklum, oleh itu, bila aku lambat masuk atau tiada, murid akan seperti biasa mencariku di bilik guru atau pejabat. Namun yang aku sungguh tak sangka ialah, tindakan aku itu telah memakan diri sendiri. Oleh kerana beberapa kali murid mencari aku di pejabat, maka timbullah satu tanggapan buruk oleh pihak pentadbir bahawa aku guru bermasalah kerana selalu tak masuk atau lewat masuk kelas. Alasan pentadbir ialah, tiada nama cikgu lain yang murid sebut, selain cikgu Rahimah,cikgu Rahimah!.
Ya Allah...
Yang sebenarnya mereka tak tahu ialah, murid memang suka aku masuk kelas kerana mereka menyukai aku!. Sedangkan bila masa guru lain tak masuk mereka tak cari dan tak nak cari kerana mereka suka cikgu tu tak masuk!.Bukan bermakna, guru lain tak masuk lewat atau tak pernah ponteng kelas, tetapi persepsi pentadbir yang melihat dengan mata bukan dengan mata hati telah membuatkan keadaan menjadi buruk.
Pernah aku tanyakan murid, mengapa tiada guru dalam kelas mereka, dan mengapa mereka tidak mencarinya, jawab mereka ialah; tak apalah cikgu..biarlah cikgu tu tak masuk..malaslaaa...!..
Tapi cikgu2 tu selamat dari dicop hitam oleh pentadbir!.
Bermula dari itu, aku sekarang dah serik nak berpesan pada murid dengan ayat yang sama. Biarlah.... kalau sudah buruk kita buat baik pun pentadbir nampak buruk. Lainlah kalau kita dapat pentadbir yang memahami dan bertoleransi. Adakalanya kita ada kerja lain yang perlu dibuat sehingga kelewatan masuk kelas. Kerja guru ni macam2 ada..bukan setakat dalam kelas aje. Yg peliknya, bila pentadbir buat..maksud aku, bila mereka ada kerja,sampai tinggal kelas, atau suruh pengawas je yg jaga kelas, boleh pulak?..alasannya ada kerja penting nk kena siapkan!..Haii..orang atasan je ke yang ada kerja penting? orang bawahan ni tak der?..
mmmmm...itulah hitam putih kehidupan kan...dah nasib badan..
No comments:
Post a Comment