Ass, aku nak cerita sikit tentang angan-angan kita sewaktu zaman remaja dulu, angan-angan yang pernah ko ceritakan dan mengajak aku bersama-sama untuk mendapatkannya . Agak-agak ko ingat lagi tak bahawa ko beria-ia mengajak dan menceritakan tentang harapan ko apabila kita telah berkerjaya suatu hari nanti. Ko kata, "Mah, nanti bila kita dah kerja, kita beli moto besar, kita naik moto sama-sama..Nak tak?". Lebih kurang camtu lah ayat ko dulu..Aku masa tu antara percaya degan tak jer apa yg ko cakap tu, tapi aku layann jer..aku pon cakap jom!. sedangkan, sedikit pon aku tak percaya yang semua angan-angan itu akan menjadi kenyataan. Tambahan pula, aku bukan tau bawa moto yang ada clutch ni..Aku rasa cuak jer sampai moto tu termati enjin bila aku cuba bawa moto Yamaha bapak aku punya. Akhirnya aku dapat lesen moto B2 masa umur 25 tahun. Tak terlintas pon aku nak bawa atau beli moto besar ni.
Entah macammana, aku rasalah, waktu kita borak-borak pasal angan-angan kita tu dulu, masa tu malaikat lalu dan ianya jadi doa pulak. Tiba-tiba tuhan nak bukakan pintu hati ini untuk mencuba mengambil lesen B full dan membawa moto besar setelah suami aku membeli moto tu. Mulanya aku langsung tak cadang nak ambik lesen, malah tak teringin pon nak bawak. Apa yang aku rasa cuma cuak dan ngeri melihat moto tuu..Alamakk..besar sangatlahh!..lagi pon, kaki aku bukan sampai sangat. Laki aku pon terjengket-jengke, inikan pulak aku yang tak berapa nak tinggi. huhuhu...
Semuanya bermula apabila kawan kita Haniza Mokhlas meluahkan rasa berminat untuk menaiki moto besar suatu hari nanti setelah dia nampak ada perempuan yang bawa moto tu. Dia luahkan pon dalam fb jer.. Mulanya aku sekadar usik-usik dia jer..tapi ntah cammana..semakin aku buat tak peduli, perasaan hendak tu semakin meluap. Pada masa yang sama aku langsung tak yakin dan pasti bahwa aku bukannya tahu nak bawa moto tu. Niat aku dulu cuma nak bonceng laki aku jer.Tapi selepas aku bertanya pada kawan-kawan..kebanyakan mereka macam pelik dan tabik kalau aku berani amik lesen tu, membuatkan aku sedikit tercabar. Lebih-lebih lagi bila aku terbaca kisah perempuan yang ambil lesen B full ini ada yang telah berjaya. Bermakna, kalau orang lain boleh, mengapa kita tak boleh? kan!.
Namun Ass...bukan semua yang kita hendak tu boleh kita penuhi...ntah camner, selepas aku servey ke beberapa sekolah memandu, kebanyakan sekolah tu tak sanggup nak ajar orang yang tak mahir bawa moto besar cam aku ni...deme takut bangrup sbb kena repair jika kita atuhkan moto mereka! udahnya aku pon frust sangat-sangat. Nampak gayanya aku jadi pembonceng tegar je lahh.. Apapun Ass..bila memandang motor besar tu, aku tetap ingat pada cerita dan angan-angan kita waktu dulu. Manis sangat saat itu dan aku takkan lupa ko sampai bila-bila sebagai orang yang pernah tidur sebantal dan makan sepinggan ngan aku.
Ass, bagaimanapun, aku tak padamkan lagi angan-angan kita nii...mungkin bila tiba rezki dan waktunya nanti..aku akan kembali untuk misi seterusnya..eh, ko camner..jom lah Ass!!.
No comments:
Post a Comment