Wednesday, May 16, 2012

BERARAK AWAN KELABU

Sudah dua hari air mata Ani masih mengalir. Sesekali tika datang semula "perkara" itu ianya seumpana ribut yang menyerbu ke dalam fikirannya, nescaya hatinya tiba2 menjadi sebak dan pilu. Walaupun Ani telah cuba untuk meminggirkan perkara tersebut namun jauh di sudut hatinya terasa umpama dirinya sudah tidak langsung bererti jauh lagi untuk dihargai. Ani mencuba untuk menyibukkan diri dengan membuat kerja2 yang dapat mengalihkan fikirannya dari mengingati peristiwa itu, namun umpama litar elektrik yang bermasalah pendawaian, tiba2 sahaja mentol yang menyala akan boleh padam sendiri. Air matanya tetap akan menitis tidak kira di mana dan apa yang sedang dilakukannya.

Kepulangan suaminya ke rumah petang itu sedikit sebanyak telah menenangkan hatinya. Sedang Ani menyediakan juadah untuk suaminya menikmati makan malam tiba2 mood tersebut telah dirosakkan apabila Ani terdengar suaminya merungut mengenai tempat pakir kereta. "Mengapa paking kereta macam tu, susah la kereta abang nk masuk".Ani terpempan melihat riak wajah suaminya yang di tunggu2 kepulangannya petang itu sedikit kelat. Hilanglah harapannya untuk mendengar pujukan suaminya dan menenangkan dirinya yang serabut itu.
"Ya tuhan...mengapa semua orang marah2 ni?.Semua orang tahu marah mereka sahaja, tetapi marah aku mereka tak tahu!" Ani tiba2 menjadi geram dan angin kesedihannya datang semula. Lantas, sambil mengesat air matanya Ani segera menyiapkan masakannya. Terus Ani masuk ke biliknya dan berpura-pura tidur untuk menyorokkan air matanya yang kian deras. Ani kemudiannya mandi dan mengambil uduk serta bersedia untuk menghadap ilahi untuk mengadu nasibnya.Bagi dirnya, walau perkara itu kelihatan remeh dan kecil, namun begitu besar impak dan kesannya terhadap dirinya.Ahh..lelaki...apalah yang mereka tahu tentang hati perempuan?. Sehinggalah jam menunnjukkan pukul 3 pagi, tetapi Ani masih belum dapat melelapkan matanya. Dengkuran suaminya menjadi peneman.Dengan syahdunya Ani menyerahkan untung nasib dirinya kepada yang Esa kerana telah menguji dirinya dengan peristiwa itu.

Tiba2 Ani terlintas untuk meluahkan apa yang terbuku di dadanya selama ini. Ani nekad untuk berterus terang tentang perasaannya dan memohon kekuatan untuk meluahkannya melalui tinta.Biarlah apa yang bakal berlaku atau apa yang akan difikirkan oleh orang yang menerima bingkisan luahan hatinya ini, Ani sudah tidak peduli. Baginya, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Lebih baik mati dengan berputih tulang dari berdiam berputih mata.Ani amat terkesan dan sukar menerima hakikat bahawa dirinya telah menerima surat berbentuk amaran atau tunjuk sebab dari ketua jabatannya.

Lantas, dalam kecelaruan itu Ani menggagahkan dirinya untuk mecoretkan isi hati dan perasaan di atas sekeping kertas..maka lahirlah bingkisan yang seumpanya....

Bingkisan kata hati untuk Tuan,

Assalamualaikum, terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terpaksa mencoretkan rasa saya melalui tinta. Ini kerana saya berasa saya tidak kuat untk berhadapan dengan tuan, seterusnya menjamin kelancaran apa yg hendak saya luahkan. Saya mohon tuan baca dan cubalah selami kata hati kecil saya ini walaupun saya bukanlah sebagai sastrawan negara yg bijak melontarkan kata-kata. Saya sedar saya sekadar melukut d tepi gantang dan tidak lebih dari sekadar mentimun di sisi tuan. Namun jika masih ada sisa keperihatinan dari tuan, silalah kenali diri saya seadanya kerana jika tidak begini, sampai bila kita tidak akan mengenali diri masing-masing.Sesungguhnya tuan, mungkin saya silap menilai tuan kerana percaya kepada kata-kata aluan tuan sewaktu pertama kali tuan memberi kata ucapan dalam sesi perkenalan suatu ketika dahulu. Waktu itu, bodohnya saya yg begitu mudah terpana pada kata2 tuan sehingg saya yakin tika itu tuan begitu ikhlas dan komited untuk menjadi peminpin atau pentadbir yang boleh saya harapkan.(rujuk daridalamaku.blogspot.com = emosiku;emmo c dek gb baru) .Namun apabila semua perkara ini berlaku, semua harapan saya pada tuan hancur umpama kaca terhempas ke batu. Saya tahu, dan memang sudah menduga perkara ini akan menimpa saya kerana saya tahu selagi ada duri dalam daging, selagi itu semuanya tidak akan berjalan lancar.
Tuan ,
Biarlah saya jelaskan bagaimana situasi sebenarnya sehingga terjadinya perkara itu. Maaf saya katakan, bermula dari kelemahan pentadbir yang mengelola itu sendiri,yang takut pada bayang2 sendiri. Oleh itu,maka tercetuslah masalah ini.

Saya akui saya  juga ada salahnya dan saya juga manusia biasa.Namun saya percaya,semuanya hanyalah salah faham sahaja.   Kami ada datang dan jalankan arahan seboleh yang kami mampu sama seperti kawan2 yg lain. Namun laporan yang diterima adalah sebaliknya. Kalau hati busuk sudah tentu saya katakan buat apa datang bertugas,lebih baik tk datang langsung jika ini yg kami dapat!.logik tak jika kami berasa sedemikian.

Tuan, selepas saya menerima surat itu, saya hilang arah, saya hilang pedoman, saya tidak menyangka perkara itu menjadi sebesar ini... Hebat sungguh penangan NORAINI!
Tuan, saya tiada tempat mengadu, suami jauh sekadar dlm hp kami bicara, tiada siapa yg menenangkan saya.Bengkak mata ini tidak serupa dengan bengkak hati saya tika itu.Saya tiba2 rasa longlai, sakit seluruh urat muka, berat sungguh rasa kepala...saya loya, mual dan berpeluh2 dlm masa yg sama. Saya tak tahu saya takut atau saya kecewa, namun yg saya mahu tika itu ialah ketenangan dan lupakan yg berlaku. Saya tk dpt menahan air hidung yg mengalir bilamana mata sudah tidak mampu untuk mengeluarkan airnya lagi. Saya rasa saya sekadar di tapak kaki sahaja duduknya.

Tuan, saya mohon tuan baca dengan hati, bukan dengan mata. Ramai orang boleh baca dengan mata nmun hanya sedikit yg dapat membaca dengan hati. Jika pentadbir begitu profesional, mengapa saya tidak diajak bicara?. Jatuhkah maruah pentadbir apabila berbincang dari hati ke hati bersama orang bawahannya?Nmun apabila tanpa sepatah kata saya diperlakukan, dianggap, di cop dan didakwa yang sedemikian, saya berasakan yang saya tidak diberi keadilan. Jadi saya jawab sendiri soalan tadi, jawabnya, jatuh maruah kalau pentadbir bincang dgn org bawahan!.Sedangkan saya juga manusia biasa yang punya kelemahan dan perasaan.

Tuan, luka di jari boleh dilihat, namun luka di hati??..Saya terpana dengan semua yang berlaku kerana saya berasa seolah periuk nasi saya cuba di tabur pasir!. Wajarkah seorang pentadbir membuka pekung sendiri dengan menulis yg berbunyi seakan begini..”Ini membuktikan benarlah bahawa saya adalah antara guru yang bermasalah seperti yang diceritakan oleh gurlu lain”??..Bukankah dari ayat itu kita tahu bahawa pentadbir itu sudahkah dewasa, atau sekadar menelan sahaja kata2 dari orang lain?. Saya faham tuan memang perlu mendengar laporan dari pembantu kanan dan kiri tuan, tetapi seharusnya tuan beri ruang untuk mendengar penjelasan saya atau tuan siasat sendiri sebelum membuat keputusan.Cuba tuan senaraikan kesalahan saya secara pfosesional,apa yg saya dh buat sehingga saya di cop begitu. Selama ini tiada seorang yg datang memberitahu saya dengan seikhlasnya yg saya ni begitu begini. Sedangkan untuk menghukum murid pun kita kena siasat dahulu ceritanya inikan pulak hal yg besar sebegini.Lantaran dari itukah kami yang dianggap bermasalah ini harus dijauhi?Bila berselisih berpaling muka?bila terpaksa baru nk bersapa?Cuba tuan peratikan sikap pentadbir kita, ada perkara, baru senyum menyapa lebar ke telinga, namun selepas itu,habis begitu saja.Bila depan bermuka-muka,di belakang caci mencela.Perlukan contoh?..saya jawab..tak perluuu..Jika sudah rasa pangkat diri besar dan tinggi,orang begini hanya makan puji.

Tuan yg bijaksana, saya tidak dapat terus menyimpan lagi rasa hati yg terbelenggu selama ini kerana trauma saya ini telah terlalu lama. Tuan bayangkan, setelah sekolah ini mendapat pentadbir wanita, barulah ada krisis sebegini, salah menyalah dan tuduh menuduh, sedangkan, selama perkhidmatan sya dengan gurubesar lelaki sebelum ini, saya tidak pernah mengalaminya. Benarkah saya begitu jahat dan teruk sekali?, benarkah saya sukar untuk beri kerjasama? Ya, saya tahu jawapannya iya, jika tuan bertanya pada pentadbir kanan dan kiri tuan kerana saya juga kenal hati mereka.Namun berapa lama tuan kenal saya?3 bulan?..cukup untuk menilai saya ?.Salah saya atau masalah sikap pentadbir sebenarnya?.Siapa pentadbir? siapa pemimpin?siapa pemerintah?
Tuan yg dihormati, maaf andai ada kata yg menusuk hati, namun dalam saya mengawal emosi ini, saya tidak dapat mengelak dari meluahkan rasa yg mungkin menyebabkan tuan kurang selesa.

Tuan,
Cuba ingat semula dalam sesi perkenalan di bilik gerakan dahulu, saya ada menyebutkan bahawa saya telah 10 tahun di skss, dan hanya tinggal tunggu giliran sahaja. Tuan bertanya, giliran apa?, saya jawab, biasalah, dh 10 tahun kan?..jadi inilah maksud saya tuan, bahawa saya menunggu masa untuk ditukarkan ke tempat lain kerana waktu itu pertukaran staf 10 tahun sedang berlngsung. Jadi hari ini saya harap tuan faham apa yg saya maksudkan, inilah kehendak pentadbir yg sebenarnya kerana sudah terbukti ada staf yg ditukarkan hanya kerana tidak diperlukan lagi di sini.. Saya tahu saya juga memang tidak diperlukan selama ini dan sekadar balaci untuk menampung kerja orang lain. Apa sekalipun yang saya buat, walau elokpun, ianya tetap buruk,apatah lagi jika yg buruk.Untuk makluman tuan, saya dengan rendah hati, rela lah diperlakuakan apa saja jika tuan berasa saya sudah tidak diperlukan lagi di tempat ini. Relalah juga saya, tuan tukarkan ke mana2 tempat sekitar ini.Kerana saya sedar, kalau sudah belacan jangan berangan nak jadi keju. Saya tidak hairan bilamana prestasi saya sentiasa tidak memuaskan kerana cop mohor di dahi saya ini tidak akan mudah untuk dihilangkan selagi pentadbir lama ada di sini. Kalau orang yg baru setahun jagung sudah diberi pengiktirafan oleh pentadbir kerana kononnya mereka yg perform, tetapi janganlah saya nk bermimpi itu semua, kerana saya dinilai untuk yg buruk2 sahaja. Takkan ada langsung sikit kebaikan, 10 tahun saya di sini. Sedangkan kita bekerja bersama2, malah banyak pentadbir yg datang sebenarnya sekadar menempel hasil kerja staf yg ada sahaja namun oleh kerana mereka di atas, mereka boleh gelek mentimun mana yg mereka suka.Jika 10 thn itu masih tidak cukup untuk mengukur prestasi saya, cubalah hormat tahun perkhidmatan saya selama 18 tahun ini,yg jika d umpamakan sebagai budak perempuan, ianya sudah boleh menjadi mak orang.
Sebenarnya saya malas hendak mengungkit cerita lama,kerana parut yg ada masih belum sembuh,namun jika semuanya berpunca dari kisah lama-lama,saya tk kisah jika kita buka semula buku cerita itu..saya ada banyak bahan untuk d tunjukkan rentetan trauma yg saya alami ini.
Tuan,
Saya tidak bermaksud untuk menunjuk ajar tuan atau sesiapa. Apa yg saya utarakan ini memang sudah menjadi toksid dlm jiwa saya selama ini.alang2 saya sudah kentut busuk, biarlah kita lemas menghidunya bersama-sama. Betapa selama ini sya melangkah masuk ke tempat dengan hati yg gundah, bimbang yg tk bertempat, selain malu dengan kawan yg lain kerana saya tidak setara dengan mereka. 
Namun siapa yang seharusnya membersihkan nama saya yg tercemar itu? Siapa yang sudi memujuk rajuk saya yg terpahat sekian lama?..saya jawab sendiri...pikul lah sendiri bodoh! .
Jika ikut kewajaran kalaupun bukan kewarasan, manusia punya cara meminta tolong kerjasama dari orang lain kan, ini kerana orang berbudi kita berbahasa...namun saya lupa d masa kini tidak lg ramai orang yang pandai berbudi bahasa.

Tuan,umpamanya saya...

Dari gunung, tergolek ke bukit,
Dari bukit, tercampak ke kali,
Diri menanggung rasa yang sakit,
Namun pekerjaan ini tetap di hati.

Saya sekali lagi mohon maaf kerana bertindak sebegini. Saya tidak dapat melihat atau nampak cara lain lagi untuk mempamerkan rasa sebenar saya selama ini. Saya beranggap Allah melorongkan jalan ini dan memberikan saya ujian ini kerana ada rahmat tersembunyi. Saya anggap, kata2 yang terpamer dilembaran ini adalah ihsan ilahi yang menguatkan semangat dan fikiran saya untuk menitipkannya.Mungkin ini salah satu lorongan dari Nya sebagai jalan untuk tuan mengenali saya    ( jika sudi). Untuk itu,semuga saya lega menganggap tuan memahami saya. Wassalam.


Ahh...Sejurus itu,Ani dapat merasakan bahawa beban di sebelah bahunya telah berkurang. Puas hatinya dapat menyatakan apa yang dirasainya selama ini.Ani tidak mahu memikirkan apa persepsi guru besarnya apabila membaca luahan rasa itu nanti. Baginya apa yang akan terjadi selepas ini relalah ia menerimanya.

Hari itu, Ani kuatkan semangat dalam dirinya untuk melangkah ke sekolah seperti biasa. Kalau diikutkan rasa, 3 hari bercuti masih belum dapat meredakan ribut dalam jiwanya. Perasaannya berbaur tika menyiapkan dirinya untuk bertugas seperti selalu. Sepanjang perjalanan ke sekolah, mulut Ani tidak berhenti berkumat kumit membaca zikir2 yang dapat memberinya ketenangan dan kekuatan untuknya pada hari itu.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku hari ini. Aku percaya andai kita berniat untuk menjernihkan keadaan,insyaallah kau akan lorongkan ke arah itu."

Sebaik keretanya meluncur ke pintu pagar sekolah, tiba2 Ani rasakan dirinya hampir hilang kawalan..Darahnya berderau...dadanya berdenyut kencang,hatinya sebak lantas sukar untukknya menahan air mata yang bertakung dari tumpah sebaik Ani terpandang kelibat guru Besarnya di pagar sekolah. Ya tuhan..sesungguhnya aku belum bersedia lgi kah?!..Ani terus bergelut dalam perasaanya.Puas dia menarik  dan menghela nafas serta mengucapkan zikir yang terlintas dalam fikirannya untuk mendapatkan kekuatan semula.

Tiba2 Ani terdengar suara yang memanggil namanya...Puan Ani  !, puan Ani..!..
Oh tuhan...kuatkanlah semangatku untuk berhadapan dengan lelaki ini!Ani berdoa sebaik menyedari guru besarnya  yang memangilnya. Ahh..apalah yang bakal aku hadapi pulak kali ini..mungkinkah Guru besar ku terasa dengan luahan yang ku tuju kepadanya?..dengan longlai Ani memaksa kakinya membawa dirinya menghampiri majikannya itu.

"Puan Ani,..saya dengan rendah hati..memohon maaf kepa Puan ani. Saya sedar apa yang telah saya lakukan kepada puan memang agak melampau..."

Ya Allah!...tiba2 Ani rasakan umpama air terjun yang sejuk dan dingin mengalir ke dalam dadanya. Oh tuhan..betapa mulianya majikanku ini...sanggup merendah diri kepada orang bawahannya.... Sungguh... di sudut pandngannya...dialah majikan yang tinggi darjatnya di mata dan di hatinya tika itu. Gugur seluruh beban yang tertangung di bahunya. Ringan segala kepala dan minda Ani saat itu. Syukur Alhamdulillah ya Allah!..Ani segera percaya, jika niat dua hati itu ikhlas untuk mencari kejernihan,maka tuhan akan temukan titik pertemuan itu bersatu di hujung jalan.

Tiba2..dengan perlahan Ani  seakan terdengar dirinya membisikkan ucapan.."Selamat hari guru cikgu". Ya pada tarikh keramat untuk seorang guru sepertinya ini,..mengenang peristiwa itu dapat memberinya pengajaran agar kian bersemangat dan berhati-hati di masa yang akan datang...seterusnya Ani berdoa agar dirinya mampu menjadi guru yang berkesan di sekolahnya di bawah naugan majikannya yang berhati mulia!.


No comments:

Post a Comment