Gerbang Malam ni dibuka setiap malam dari puluk 7.00 hingga 10.00 malam. Namun apabila hari minggu ianya beroperasi sehingga jam 12.00 malam. Barangan yang dijual di gerbang malam lebih kurang sama dengan barang yang dijual di pasar malam kecuali makanan.
peniaga barangan mainan di Dataran Condong.
antara basikal tua (antik ) yang dipamerkan di Dataran Condong.Lebih meriah apabila pada malam minggu ini Dataran Condong yang terletak berhampiran pasar2 tadi akan dipenuhi oleh pengunjung yang dari pelbagai peringkat umur dengan aktiviti-aktiviti mereka sendiri seperti dari group berbasikal pixie dan basikal antik, group motor-motor besar, group famili yang bersantai, peniaga mainan dan sebagainya. Yang menariknya pada waktu itu, Menara Condong ini akan dihiasi dengan lampu yang akan bertukar warnanya bergilir2.Cer lihat vedio ini..
Turut menjadi buruan dan popular ialah Popia Ronda yang memang terkenal di Teluk Intan. Rasanya memang sedap kerana disediakan terus dari motosikal secara langsung!. Mahu cuba, datanglah ke Menara Condong atau ke Teluk intan.
antara gerai2 makan di Bumbung Biru...
Terdapat juga gerai barangan antik di Gerbang Malam...antara barangan yang menarik ialah koleksi duit syiling lama, handphone lama yang masih berfungsi,jam dan lain2.
Gerai di tepi jalan turut mewarnai malam minggu anda di Teluk Intan.
No comments:
Post a Comment