An memujuk aku lagi untuk mengikutinya pulang ke kampungnya sempena cuti sekolah seminggu ini. Aku memang teruja sekali untuk melihat kehidupan sebenar teman baikku ini,semestinyalah ajakannya sangat aku hargai. Aku berkenalan mesra dengan keluarga An, ibu dan ayahnya sungguh baik dan melayan aku seperti anaknya sendiri. Kehidupannya sederhana dalam sebuah rumah teres awam bersama lima adik beradiknya yang lain.Aku amat gembira apatah lagi kehidupan di rumah teres amat asing bagi aku yang biasa hidup di kampung dan punyai jiran yang tinggal jauh jaraknya. Aku dibawa bersiar-siar mengelilingi Taman perumahan dan persekitaran di sana. Ada kalanya, ayah An membawa kami ke kebunnya atau ke rumah jiran-jirannya. Suatu hari, aku di perkenalkan oleh An dengan seorang jejaka yang berkulit cerah dan agak kacak.Menurut An, lelaki itu adalah jirannya selang dua buah rumah. Hmm.... entah mengapa naluri ku berasa "sesuatu " mengenai lelaki itu. Semenjak itu, adakalanya aku pula yang mengajak An bercuti ke rumahku.Seterusnya, kedua ibu bapa kami saling berkenalan dan kunjung mengunjungi. Kami sudah seperti adik beradik dan saling mesra antara satu sama lain.
Setiap di awal musim buka sekolah, aku seperti tidak sabar untuk bertemu dengan An, setelah kami bercuti penggal. Cuti kali ini kami pulang ke kampung masing2. Tentu banyak cerita yang ingin kami bualkan. Tentunya juga kami akan kelihatan seperti belangkas sambil bercerita macam2 perkara satu demi satu bagai tiada hujungnya. Selesai sesi persekolahan, pasti kami akan mencari antara satu sama lain untuk bertukar-tukar cerita. Bagaimanapun kami sering juga berbincang tentang subjek yang di rasakan agak susah. Kami boleh berbual tentang apa juga perkara dan segalanya amat menyenangkan. Kami saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. hari itu,
Hari itu An membawa khabar gembira bilamana, An mengatakan jejaka yang aku terserempak dahulu ingin berkenalan denganku.Bagaimanapun, aku mengambil pendekatan untuk berkawan secara sopan dengannya dengan sekadar bersetuju untuk menganggap jejaka itu sebagai abang angkat sahaja. Abang Zul menerima permintaan aku dengan tanpa syarat dan sikapnya membuatkan aku begitu menyenanginya sekali.Bermulalah episod persahabatan aku dengan Abang Zul, dan semestinya lah, An yang menjadi posmen antara aku dengan Abang Zul. Setiap masa pulang ke kampung, ada sahaja "utusan"yang kami kirimkan melalui An. Bagaimanapun,ada sesuatu yang aku sembunyikan dari An iaitu bilamana hubungan antara abang dan adik antara kami, sekian hari menjadi lebih hangat dan kami mula serius untuk mengenali hati masing2. Berat rasa perasaan ini menanggung rindu dan sekaligus aku cuba sembunyikan keadaan sebenar dari An kerana aku tak mahu dia terlalu mengetahui hubungan ini. Sering aku katakan pada An yang aku dan Abang Zul sekadar abg dan adik angkat sahaja. hakikatnya aku menyembunyikan perasaan ini lebih dari itu.
Perhubungan ini berlanjutan sehingga beberapa tahun,dan setelah tamat musim peperiksaan SPM, aku dan An masing-masing menuju haluan sendiri. Kami sering berhubungan melalui surat walaupun tidak lagi kerap. kami masih berhubungan bertanya khabar. Begitu juga dengan Abang Zul. Namun,sesuatu yang berat terpaksa aku hadapi bilamana aku harus membuat keputusan besar yang menentukan masa depan ku. Abang zul mula bertanyakan keikhlasan dan keseriusan hubungan aku dengannya kerana mungkin dia ingin membuat komitmen terhadap hubungan kami. An juga ada bertanyakan perkara yang sama denganku samada aku serius atau tidak dengan Abag Zul kerana ia merupakan persoalan yang sering mereka bincangkan apabila mereka bertemu. Aku masih lagi dengan berselindung, mengatakan tidak mahu terikat dengan sesiapa lagi kerana mahu menyambung pelajaran dan mencapai cita2 aku. Setelah itu, aku dengar khabar An menjadi guru KAFA di sekolah ayahnya. Sementara aku meneruskan peljaran di peringkat 6 bawah dan seterusnya 6 atas dalam memburu impianku.Setelah keputusan itu aku nyatakan pada An, aku sedar, Abang Zul mula dingin dan kami tidak lagi berutus surat seperti selalu. Tuhan sahaja yg mengetahui betapa perasaan ini masih begitu mengharapkan kehadiran dan dorongannya. Namun egoku yang kuat sengaja ku tahan perasaan ini sambil berharap Abang Zul juga berperasaan yang sama seperti aku dan suatu hari pasti kami akan menemui jalan untuk mengakhiri kekeliruan ini.
Namun, segalanya menjadi gelita suatu hari apabila aku berkesempatan mengunjungi rumah An setelah cuti sekolah bermula. Kehadiran ku ke sana sebenarnya kerana ingin merisik khabar Abang Zul setelah sekian lama sepi tanpa berita.Setibanya di sana,aku dapat merasakan, An seperti ada menyembunyikan sesuatu dariku,begitu juga dengan keluarganya.Naluriku begitu kuat mengatakan, ada sesuatu yang aku tidak tahu tentang "sesuatu"??.Aku dapat rasakan kunjungan ku kali ini sambutannya tidak seceria seperti dahulu.
sebaik masuk ke rumahnya, aku meletakkan barang di dalam bilik dan mataku terus terpaku pada beberapa gubahan hantaran yang masih elok terletak di atas sudut meja bilik itu. Lantas aku bertanya pada An, namun jawapan dari An tidak memuaskan hati aku. Dalam diam aku merisik melalui adiknya, dan seperti letupan bom, aku merasakan diri ini amat bodoh sekali dan sukarnya untuk ku terima kenyataan bahawa gubahan hantaran itu merupakan gubahan pertunangan An bersama Abang Zul yang baru sahaja seminggu berlangsung. Aku tidak dapat menahan sebak dan air mata ini dari gugur laju kerana, harapan yang masih ku simpan dalam diam itu telah lenyap selama-lamanya. An memujuk dan memohon maaf dariku kerana tidak berterus terang selama ini denganku. Aku pula sudah hilang kata-kata dan kepercayaan pada seorang sahabat yang selama ini menjadi sebahagian dari hidup aku.
Malam itu, Abang Zul datang bersemuka dan bertanya khabar diriku. Bagaimana aku mahu menghadapinya lagi? Orang yang selama ini ku rindu telah menjadi milik sahabatku!...aku terus berpura-pura kuat dan menerimanya dengan terbuka. Kata - kata terakhir dari Abang Zul yang masih ku ingat adalah "..kita sudah tidak lagi seriringan,kita ikutlah haluan masing-masing...". Oh Tuhan...Sedarlah aku selama ini aku menjadi subjek sebagai pegerat hubungan antara An dan Abang Zul.Kesamaran hubungan antara aku dan Abang Zul di akhirnya, dan dengan keenggananku untuk berterus terang telah memungkinkan mereka untuk menjalin hubungan lebih mesra dari biasa.Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata di dalam bilik sahabatku yang menjadi milik kekasihku. Pagi-pagi lagi, aku berkemas untuk pulang walaupun dihalang oleh ibu dan bapa An. Namun aku beralasan masih ada sesuatu yang ingin ku bereskan di kampung yang memaksa aku pulang juga. Sepanjang perjalanan pulang, kami tidak berkata-kata , dan aku masih gagal menahan air mata ini dari mengalirke pipi. Ku lihat An juga begitu, namun apalah dayaku An, pedihnya masih membekas lagi.
Terbayang lagi genggaman erat terakhir dari mu An, sewaktu melepaskan aku menaiki bas, kau katakan, "Maafkan aku zim"berulang kali. Namun hanya air mataku sahaja yang mampu menjelaskan segalanya di saat itu An!...
Sewaktu hampir tahun peperiksaan STPM menjelang, khabar gembira buat An dan Abang Zul kuterima, namun khabar duka yang telah ku duga itu bukanlah sesuatu khabar yang ingin ku dengari lagi. Aku belajar melupakan semua yang berlaku dengan tidak lagi memperdulikan kenangan -kenangan lama itu lagi. Semuanya telah aku buang jauh-jauh.
Ah!... aku menarik nafas panjang...Ya, Semua itu telah berlalu...ianya hanya sekadar mewarnai zaman remajaku. Yang mengajar erti kedewasaan dan ketabahan. Kini setelah ku tutup semula buku diari hati, ...aku masih mampu menguntumkan senyuman yang paling manis sekali kerana kini aku juga mampu merasai kebahagiaan dan kedamain rasa bersama seorang jejaka di hadapanku... dialah seorang suamiku...
No comments:
Post a Comment