Thursday, November 18, 2010

Contoh Teks Pengacaraan Majlis Persaraan.

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN.

Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun d tutur pembuka bicara.

Mengumumkan dan Mempersilakan yg di raikan Pn Norhamizan bt Omardin,bersama-sama suami En Mohd Nordin b. Hj Harun, diiringi yg berusaha Tn guru besar, sk seri setia Pn Fauziah bt Hussin untuk naik dan duduk d singgahsana yg telah d khaskan d atas pentas ini. Dlpersilakan.

Sebgai tanda cinta akan Negara, majlis di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku.Para hadirin diminta berdiri tegak.

 SELEPAS LAGU NEGARAKU
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM. 
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada yang di raikan  Pn Norhamizan Bt Omardin serta suami, En Mohd Nordin b Hj Harun, di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis yg tak sepertinya ini merangkap majlis jamuan aidilfitri dan persaraan. Majlis tidak lupa juga turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada wakil ahli jawatan kuasa PIBG…………………………………..
Kerana sudi memeriahkan majlis ini .Untuk itu terimalah serangkap pantun pantun dari saya,

Buah selasih di dalam puan,
 Di bawa gadis ke tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Menjadi ingatan sepanjg zaman.

Yang di raikan, Pn Norhamizan atau lebih mesra saya panggil Kak Mizan,
Dengarkan pantun dari saya

Cantik bergemerlapan batu permata, bertambah cantik di pakai orang,
Sudah bersua bertentang mata, apa khabar puan sekarang?

Hilang delima di seberang takir,Di ganti degan batu permata,
Pabila di tanya senyum terukir,Nampak berseri di pandang mata.


BACAAN DOA
Seterusnya untuk memberkati lagi majlis ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yg akan di bacakan oleh ustaz Salman b Zahadi. Dengan segala hormatnya di persilakan.

Aminn ya rabbal alaminn..

Bunga mawar cantik tersemat,
 dipetik gadis ditepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semuga majlis sentiasa diberkati.

SELEPAS DOA

TERIMA KASIH KEPADA UST SALMAN D ATAS BACAAN DOA ITU Tadi.

Sebagaimana yang tertulis pada latar belakang pentas ini,kita sedia maklum bahawa majlis ini merupakan majlis sempena persaraan  Pn Norhamizan bt Hj Omardin, Yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah ini. Mulai minggu hadapan dan seterusnya, kita semua akan merindui kelibat guru ini yang sinonim di kalangan rakan-rakan dengan gelaran Ratu Beg. Ini menunjukkan betapa komitmen pn norhamizan terhadap tugasnya amat terserlah dengan memastikan semua butir-butir berkaitan tugasnya akan sentiasa di bawa setiap hari sehingga memerlukan 3 atau 4 beg untuk membawanya.Nampaknya selepas ini  mugkin terdapat calon lain yang menunggu untuk mengambil alih gelaran ratu beg ini.

Baiklah untuk meneruskan majlis, di persilakan adik Khairul Falah b. Shamsulbahrin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua pelajar di sekolah ini. Di persilakan.

Selepas ucapan wakil  pelajar.

TERIMAKASIH  d ATAS UCAPAN  wakil pelajar itu tadi.

Seterusnya,  Degan besar hati majlis menjemput yang Berusaha Tn guru besar Sek Keb Seri Setia pn Fauziah bt Hussin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapannya. Di persilakan.

SELEPAS UCAPAN GB
TERIMAKASIH YG Berusaha tn GURU Besar d ATAS UCAPAN ITU TADI.

Yang diraikan, pn norhamian,

Jasamu d kenang, budimu tak terbilang,
Semangatmu d julang, kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg dilakukan oleh pn norhamizann sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.Walaupun jika diukur masa, kehadiran pn norhamizan di sekolah ini sekadar beberapa ketika Cuma, namun janganlah kita lihat dan jadikan semata-mata itu sebagai ukurannya, namun, bukalah mata dan sedarlah bahawa kehadiran guru ini dalam bidang pendidikan sudah menjangkau 36 tahun lebih yang jika di banding sebagai hayat manusia, ianya boleh merupakan seorang insan yg sudah dewasa dan matang. Begitulah tersiratnya jasa dan bakti guru ini di hakikat sebenarnya .Beliau telah melalui semua fasa dalam perkhidmatannya samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan dan sebaginya.

Hadirin sekalian,seterusnya adalah acara bacaan dan penyerahan watikah persaraan  yg akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Guru Besar Sk Seri Setia kepada Pn Norhamizan yg akan mendengar seterusnya menerima watikah tersebut, Di persilakan.

SELEPAS PENYAMPAIAN WATIKAH.
Terima kasih Tn guru besar dan Pn Norhamizan .

Hadirin sekalian, bakti dan jasa pn norhamizan, terbukti sudah, kehadirannya merupakan sebutir permata yg menyinari dunia pendidikan. kata nasihat tidak pernah putus dari mulut beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak pernah kenal erti lelah,Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan syahdunya mempersilakan.

SELEPAS UCAPAN YanG Di RAIKAN

Malam hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu tuan dalam ingatan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih d atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, kita teruskan majlis dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu d jemput yg berusaha  tn guru besar diiringi oleh Pen kanan pentadbiran, Pn mardiah Mokhtar untuk menyampaikan  cenderamata kepada pn Norhamizan. Di persilakan.

Cenderamata yg pertama ini adalah cenderamata daripada pihak pentadbiran………………………………………………t.kasih kpd gb dn pk kerana sudi menyampaikan hadiah.

Di persilakan pula YDP diiringi oleh Pk hem untuk menyerahkan cenderamata kengan drp pibg sekolah kpd pn nprhamizan, d persilakan.T.kasih ydp dn pk hem d atas pemberian hadiah itu td.

Seterusnya  di sampaikan pula cenderamata daripada pengawas sekolah. Untuk itu d persilakan wakil pengawas sek utk meyampaikan cenderama  tersebut. d persilakan.

Tidak lupa juga wakil dari pengawas pusat sumber yg turut ingin menyampaikan cenderamata kenangan kpd pn norhamizan, utk itu wakil pengawas pss d persilakan.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Diikuti pula cenderamata wakil pelajar tahap1 ……………….

Dan akhir sekali tahap 2…………………………………………
………………………………………………………………………….

Selepas penyampaian hadiah.

Majlis merakamkan terimakasih kepada Pn Norhamizan d atas kesudian beliau menerima cenderamata itu tadi.Majlis juga turut  mengucapkan terima kasih kepada semua penyampai2 cenderamata itu tadi.

Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati,
Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku d dalam hati.

Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan….

Dengan itu marilah kita saksikan sedikit biografi dan paparan skrin mengenai yang di raikan  Pn Norhamizan. Kita saksikan bersama-sama.

 --------------------baca biografi -------------


Nyanyian dan persembahan murid

Seteusnya, Sebagai tanda penghargaan dari murid2 sk seri setia, kita perdengarkan dan saksikan persembahan lagu-lagu daripada mereka khas disampaikan untuk pn Norhamizan.dengan  itu majlis  mempersilakaan, pasukan koir terdiri dari murid thn 6 untuk memperdengarkan lagu dari mereka. Dengan berakhirnya lagu tadi,kini  kita telahpun berada d penghujung acara.


 Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,
Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai,

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah saya antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,

Majlis dengan ini mendoakan pn Norhamizan akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami d sini selalu. Kami mohon ribuan kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur terkata,

Andai ada jarum yg patah, jgn d simpan d dlm peti.
Andai ada silap dn salah jgn d simpan d dalam hati .

selamat hari raya dan Maaf zahir batin daripada saya.  Sekian yg baik itu drp Allah dan yg kurang itu drp diri sendiri. wassalamualaikum dan salam 1 malaysia.


Pergerakan murid membentuk barisan ke pintu luar.

Minta guru2 bersalaman dulu sblm sent off oleh murid.



2 comments:

  1. assalamualaikum..
    minta izin untuk jadikan teks emcee ni sebagai guide.. terima kasih.
    moga Allah berkati puan sekeluarga.
    amin. :)

    ReplyDelete
  2. saye mohon ambil idea dari teks emcee ni

    ReplyDelete