Tuesday, January 13, 2026

 SEBUAH GAMBARAN YANG TAK TERLUPAKAN...

            Ada bamyak kenangan dan memori serta pengalaman yang kita alami sewaktu menunaikan umrah. Aku percaya ramai yang dapat pengalaman terbaik masing-masing sepanjang engembaraan penyucian jiwa ini. Aku tidak terkecuali, walau pengalaman aku ini sekadar sedikit pengalaman umpakamakan di hujung kuku sahaja.Maklumlah ini adalah kali pertama aku menunaikan umrah.

            Antara pengalaman yang tak terlupakan dan peristiwa ini sering menjadi tandatanya terhadap diriku sendiri. Sedikit ralat terasa di hati.Aku tk tahu bagaimana nk memulakan cerita ini. Yang ku ingat waktu tu aku dan kawan sebilik bercadang untuk ke masjid awal untuk iktikaf dan solat di masjidilharam. Setelah bersiap kamipun jalan bersama-sama menuju ke masjid, Separuh perjalanan tu, tiba-tiba aku tersentak apabila laluanku di hadapan terhalang oleh sosok seorang lelaki yang sakit yang kurus, dan kondisinya sungguh kasihan dan jelas tidak sihat berada di hadapanku. Keadaan lelaki itu berdiri tegak dengan memegang sebatang tongkat/kayu dan tidak bergerak. Namun matanya terbuka dan memandang ke arah hadapan iaitu ke arah aku datang.Yang mengejutkan aku ialah kondisi lelaki itu yang kukira  dia sangat sakit dan memerlukan bantuan, hingus hijau pekatnya yang meleleh dan tergantung di hidung begitu tebal sekali. Bukan seperti hingus kita yang biasa ni, tetapi hingusnya sungguh pekat likat tebal dan hijau cendol!..tergantung hingga ke dagu. Yang aku ingat waktu aku terlihat gambaran itu ialah aku hanya beristigfar, Istigfar sebab terkejut dan sekaligus sangat simpati dan rasa bersalah kerana tidak dapat menolongnya. ALlahu AKbar!..

        Dalam keadaan tergesa-gesa itu, kawanku telah menyelinap kelaluan kiri bahu jalan, sedangkan aku perlu melintasi lsosok lelaki itu ke sebelah kirinya.Aku menundukkan pandangan meneruskan berjalan untuk mengejar kawanku tadi. Dalam hati aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan lelaki itu serta d beri kesembuhan selain berharap akan adalah orang yang dapat membantu lelaki itu nanti.

        Setelah berjaya jalan bersaing dengan kawanku tadi, aku pun bertanya padanya"Dayah, Kau nampak tak lelaki d jalan tadi?" Dayah menjawab, Saya nampak kak, tu sebab saya mengelak menjauh ikut bahu jalan. Dalam hati aku sedikit lega kerana mataku tidak salah melihat. Namun tiba-tiba lidahku ringan sahaja menjawab semula " Kan Dayah kata nak jumpa wali Allah di mekah ni, Rasa-rasa ada ke wali akan muncul dalam bentuk yang cantk-cantik sahaja?.Apabila mendengar ayat dariku, cepat-cepat dayah tersedar dan beristighfar. Kak, terima kasih ingatkan saya, Sebenarnya aku teringat semalam Dayah ada mengatakan padaku, di mekah ini wali Allah turut berada di sini kerana mereka beribadat.Dayah menyatakan kemungkinan wali tu menyerupai orang-orang yang kita tidak kenali. Dia juga nyatakan hasrat utk menegur dan beramah mesra dgn sesiapa sahaja yang berada di sebelahnya nanti kerana berkemungkinan orang tersebut adalah wali  Allah. ya, siapa tahu kan?.  Sebenarnya pabila mendengar kata-kata dari Dayah mengenai adanya Wali yang menyerupai manusia di Mekah, aku tidak menafikan ia memang ujud, namun terdetik jauh di sudut hatiku mengatakan bukan mudah untuk menjumpainya. 

            Aku  masih tertanya-tanya sehingga kini, mengapa kenapa dan apakah hikmah kami terlihat gambaran  sosok lelali itu... Sungguh, aku ralat dalam hati kerana tidak dapat menolongnya waktu itu. Ya Allah, ampunilah aku!...

Sunday, March 2, 2025

 


*TRIP HATYAI 2H1M*      *8/2/25(DAY 1)*

8 AM- Bergerak Ke Border Rantau  Panjang- Sungai Golok
10 AM- Sarapan Pagi Di Jeerapan Nasi Khaoumok(Kedai Khairul Amin Review)
10.45 AM- Ke Pai Na Nara (Tempat Ambil Gambar OOTD)
11.30 AM - Ke Summer Thon (Restaurant Tepi Pantai Sambil Ambil Gambar Flight Landing)
1 PM- Bertolak Ke Hatyai
4PM -  Ke Khlong Hae Floating Marke
6PM- Check In Hotel ( Asia Grand Hotel
8 PM-  Asean Night Bazaar 

Acara Bebas

*9/02/25 (DAY 2)*

8AM - Sarapan Pagi Di Chabura Dim Sum

9AM - Kim Yong Market
10 AM - Bertolak ke Pattani

1 PM - Lunch Ban Lay Pattani
2 PM - Melawat Masjid Kerisik Pattani

2.30PM - Bertolak Ke Border Sungai Golok
5.30PM - Dijangka Sampai di Border Sungai Golok -Rantau Panjang

7PM- Drop Off





 





























Wednesday, December 18, 2024

SEBUAH MEMORI BERSAMA SURI ......yang bernama Zamni



18/12/2024

Teman... pagi ini mendung serata alam sama seperti mendungnya hati-hati kami bila mendengar khabar duka itu. Teman, air mata kami pagi ini seiring dengan air hujan yg membasahi bumi. Lelahmu menanggung derita takkan sama seperti lelahnya hati kami yang hanya mampu melihat.

Teman, tersurat dan tertulis sejarah perjalanan hidupmu yang terhenti dengan mendadak begini, telah kau lalui dengan ketabahan dan kepayahan. Teman, ketahuilah, betapa beruntungnya kamu di saat kesakitan yang akan diganti dengan pahala dan kebaikan. Terhapuslah dosa-dosa mu teman. Syurgalah tempatmu kerana pergimu kelak dengan keredoaan suami dan ibu.. ternyata aku cemburu...

Teman, perkenalan kita walau seketika cuma cukup berbekas dan mendalam di sudut taman hati ini.. pasti memori manis antara kita menjadi pengubat rindu nanti pada seorang  suri yang kukenali bernama Zamni.. 


Percayalah teman, tak perlu lagi kau risaukan dan jangan pernah kau sangsikan bahawa semua tanggungjawab di dunia ini telah berjaya kau sempurnakan. Segala urusanmu  berjaya kau sempurnakan. Segala yang terbaik telah kau persembahkan untuk  kami dan semua insan yang kau sayang. 

Dan kami SURI AMSAS..... Tiada kekesalan

19/12/2024...

Teman, hari ini berita kepergianmu kembali menghadap pencipta tersebar luas. Ramai sahabat dan kenalanmu menziarahi, mengucapkan selamat jalan buat selamanya kepada mu. Berehatlah teman di syurga Allah. Dia lebih menyayangimu dan tidak membiarkan kau menanggung sakit terlalu lama di dunia ini. Tinggallah kami SURI AMSAS mengenang memori yang pernah kita jalani.


Nukilan hati,
Okidputeh
19/12/2024
SELAMAT JALAN SAHABAT...



Thursday, March 14, 2024

MISI MENJEJAK WARIS DI PONOROGO

 Idea menjejak asal usul keturunan kami di Ponorogo ini dizahirkan oleh adik yang ingin merealisasikan impian arwah bapa yang ingin menjejak kaki dan melihat sendiri tanah tumpah waris keturunan nenek moyangnya. Lantaran kami masih lagi mempunyai saudara yang boleh dihubungi di Ponorogo, maka misi yang boleh dikatakan secara tiba-tiba ini terus sahaja kami cuba untuk realisasikannya.Setelah semua urusan dalaman di Malaysia selesai, kami menghubungi waris di Indonesia bagi menyatakan hasrat kami ingin bertandang ke sana. syukur alhamdulillah, hasrat kami itu disambut baik dan mereka bersedia untuk menyambut kedatangan kami.

 Mercu tanda yang ada di bulatan sekitar bandar Ponorogo. 

                                       

Hari yang ditunggu pun tiba, sebelum menaiki pesawat, aku sempat memaklumkan dan menghantar gambar kepada waris yang akan menjemput kami di lapangan terbang. Maklumlah, kami tak dapat membayangkan wajah masing-masing dan belum saling mengenal.

Kami tiba di Bandara  Surabaya pada pukul 12.00 tengah hari dan syukur, berdasarkan tudung yang kami pakai, waris yang menunggu kami dapat mengecam kami dan bermulalah sesi perkenalan bertanya khabar kedua-dua belah pihak. Kami dijemput menaiki kenderaan yang akan membawa kami pulang ke Panorogo yang mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Maka bermulalah pengembaraan dan menikmati pengalaman berada di negara dan tempat orang. Kami melalui jalan tol yang agak selesa walaupun kelebaran jalannya tidak selebar jalan tol di negara kita. sepanjang jalan tol terdapat juga kemacetan dan sesak terutama di kawasan bandar.Apa yang agak menghairankan kami ialah R & R di jalan tol mereka sangat simple dan hanya ada beberapa lot kedai sahaja.  Kedai makannya seolah hidup segan mati tak mahu disebabkan jarang orang singgah makan. Jika ada oder baru mereka masak.Namun surau lebih selsa dan besar dari gerai makan tadi. Di suraulah kami jumpa kipas manakala di tempat lain mintak maaf la kalau ada kipas.... payah nak jumpa kipas wehh!! huwaaaa... kami yg tak biasa ni memang kepanasan laa... air batunya pun tak sejuk sangat. huhuhuhuuu....

Gambar di atas adalah orang yang mengecat badan mereka dengan pelbagai warna bertujuan untuk mencari duit.Ada yang mengecat warna silver dan warna emas. Bukan itu sahaja, kelihatan ramai pengamin dan penjaga pakir di merata tempat. Cara mudah untuk mencari wang tanpa perlu memerah keringat. 

Setiba di Desa Bogem Ponorogo, persekitarannya biasa sahaja dan tidaklah seperti yang pernah digambarkan oleh saudara yang pernah ke sana sebelum ini. Mungkin seiring dengan peredaran masa, perubahan dan kemodenan turut merubah desa tersebut menjadi semakin bertambah baik dari semua segi. Apa yang aku dapati, orng-orang desa tersebut sudah mempunyai bilik air dan paip di dalam rumah. maka tidak perlu lagi mereka mandi di perigi atau di luar rumah. Begitu juga jalannya sudah diturap dan selesa untuk kenderaan melaluinya. Namun masih ada sedikit tradisi yang masih mereka kekalkan seperti memasak, dekorasi rumah dan cara bertani.Apa yang membuatkan kami semua hairan ialah semua rumah di sana kebanyakan tiada kipas... ada pun kipas duduk atau kipas berdiri yang di pasang ketika perlu.Bayangkan lah kami yg kepanasan ni....rasa menggelupur dibuatnya.


Kami disambut oleh sanak saudara di sana dengan meriah dan silih berganti bertandang melihat kehadiran kami. Alhamdulillah kami rasa sangat diterima dan tidak kekok berada di sana. Setelah bersuai kenal dengan orang yang paling tua dalam keluarga yang kami sebut sebagai embah Wiji, rupanya panggilan atau pangkat sebenarnya yang kami perlu panggil ialah Bokde atau makcik dan bukan embah. Bokde memperkenalkan satu demi satu anak-anak dan saudara maranya yang hadir ketika itu.kami juga memperkenalkan diri sebagai anak dan menantu dari bapa kami Sentat bin Jumiran (dlm ic tulisnya Jumiran tapi di Ponorogo mereka sebut Jemiran) yang lawaknya, bapak bin jumiran, adiknya ada yang tulis binnya sebagai jasmiran,dan jamiran.


aku dan bokde Wiji

 Selepas itu kami dihidangkan dengan menu pertama di tanah Ponorogo iaitu nasi dan kerabu  sayur (urap),tahu goreng,dan kacang rebus. Apa yang aku perasan, kebanyakan di Indonesia mereka jarang membuat minuman bancuh dlm jug untuk tetamu tetapi mereka menggunakan serbuk yang dalam sachet untuk dibancuh ke dalam cawan sahaja. maknanya mereka akan membeli banyak serbuk minuman dalam sachet (paket) dan membancuh satu-satu ke dalam cawan ikut bilangan tetamu yg ada. jadi untuk menambah lagi minuman memang tk mungkinlah kut,hehehehe.

antara menu yang dihidangkan kepada kami ialah beras tanam sendiri. urap (kerabu sayur), gorengan seperti tahu,tempe dan sayur sambal terung. Kebanyakan sayuran juga mereka tanam sendiri .Dalam gambar itu hidangan  hari ke 2, menu nasi tiwel ( nasi dan ubi kayu yang dijadikan tepung kemudian dimasak)

g
Kebanyakan sanak saudara yang ada tinggal berdekatan dalam satu kawasan kampung.Jika ada sesuatu acara atau peristiwa mereka  mudah berkumpul dan meramaikan.Boleh dikatakan satu kampung tu sedra mara sepapat sepupu mereka sahaja. Meeka saling mengenali antara satu sama lain.


bersambung......

Sunday, March 10, 2024

SURABAYA AKU DATANG LAGI #2

 



Salah satu pengalaman menarik kunjungan ke Surabaya seterusnya ialah pergi ke tempat pelancongan yang dikenali sebagai Air Terjun Puteri Menglirip.Perjalanan dari bandar Tuban ke air terjun itu lmemakan masa ebih kurang 45 minit menggunakan kenderaan sendirti. Menariknya kami dibawa menaiki keneraan seakan pacuan empat roda atau truk pendek atau lori kecil. Oleh kerana bilangan kami seramai 8 orang, maka kami berlima duduk dibelakang truk sahaja. adalah perkara dan pemandangan biasa di sini kenderaan bebas membawa apa sahaja. Namun  lebih manis lagi, pengalaman itu apabila semasa dalam perjalanan, kami menempuh hujan dan membuatkan truk berhenti seketika untuk memasang kanvas sebagai bumbung utk elak kebasahan.

 Kawasan air terjun itu kecil sahaja dimana ia merupakan aliran sungai kecil yang dikumpulkan dalam satu tempat seperti empang dan dilepaskan serentak ke jeram. aliran air terjun itu terlihat cantik dari jauh. Bagaimanapun kawasan itu seakan kurang sesuai untuk bermandi manda.Terlihat hanya beberapa orang kanak-kanak sahaja yang mandi dalam kawasan itu. Tersedia bebrapa kerusi dan meja tempat rehat dan makan selain surau dan bilik air. Ada sebuah pentas yang digunakan untuk beberapa orang membuat persembahan nyanyian seperti buskers yang memeriahkan lagi suasana.



Adalah rugi jika kami tidak mengabadikan gambar kenangan di tempat tersebut.

  
                      Jalan menuju kawasan wisata air terjun yang agak menurun  sepanjang jalan terdapat beberapa gerai kecil menjual pelbagai makanan dan minuman untuk pengunjung. Sayangnya tidak ada jualan yang menarik minat kami untuk dibeli..Tak banyak yang hendak diceritakan mengenai kawasan ini selain ia sesuai untuk bergambar