Wednesday, November 9, 2022

SEBENARNYA.......aku tahu... (#buatorgke3#)@penyondol

 Aku tahu, sekarang kau rasa dirimu teraniaya, kau sedih kau kecewa dan kau sakit hati atas apa yg terjadi,,,Aku tahu... kau masih tak puas hati dan masih mencuba untuk menyampaikan apa yang kau rasa tetapi kau tak berpeluang dan kau terpaksa telan mengakui kesilapan itu memang darimu...kau seolah tak boleh nak buat apa, tak boleh  nak kata apa kerana memang ternyata apa yang kau lakukan itu salah. Masalahnya lagi berat bila semua kesilapan dan kesalahan itu ada bukti yang nyata yang engkau sendiri akhirnya terpaksa mengakuinya...kau TERPAKSA kerana tak boleh lari lagi....kau cuba meluahkan apa dan kenapa dan menyatakan kekesalan atas apa yg berlaku namun tiada dilayan dan tiada siapa peduli. Lagi kau sakit hati bila orang yg kau percaya dan harapkan selama ini seolah tidak pon mengendahkan dirimu malah kau rasa dia hanya menyalahkan kau seorang atas apa yang terjadi... Kau seolah hilang arah dan hilang tempat mengadu. Kau keseorangan, kau kesepian,,,

Aku tahu, kau sakit, sebenarnya kerana kau kecewa! kau sakit hati sebab kecewa dipatahkan hati dan perasaanmu oleh orang yang kau cinta. Kau kecewa kerana angan dan citamu ingin mengecap kasih sayang bersamanya tidak kesampaian.. kau kecewa bila tiba-tiba orang yang kau harapkan itu mengecewakan semua apa yang kau mimpi selama ini. kau rasa tiba2 hidupmu bagai ditimpa jerebu dan hujan batu... tiba2 sahaja cuaca yang kau sangka cerah rupanya mendung buruk di penghujung cerita....

Aku tahu betapa sakitnya tuh di sini!.. sakitnya hatimu dikhianati... sakitnya hatimu ditipu!.. sakitnya hatimu mempercayai dan menyayangi orang yang salah!....kau menangis tak berlagu, kau meratap sendiri, hatimu pedih luka rabak!... aku tahu....

Maaflah, aku  yang tahu semua ini terpaksa juga membisu demi sebuah kebaikan... kerana jika tidak, kau terus berdegil untuk tidak mahu mengakui salah dgn semua yg berlaku.. kau tidak anggap sikapmu selama ini sebagai satu kesilapan malah kau bangga kerana berasa dirimu begitu berharga dan dihargai di mata dia dan dunia...kau bangga kau seronok berjaya menawan hatinya malah kau yakin  si dia juga menyanyangimu ...kau rasa tidakan mu betul dan tidak salah kerana kau rasa tidak bersalah apaa-apa seolah kau  dan dia ada hak  untuk teruskan mimpi itu, sedangkan yang kau tidak tahu, sebenarnya  kau memang DITIPU, TERTIPU DAN MENIPU!...

Kini kau terimalah keadaan sakit itu kerana sikapmu sendiri..kau telanlah kepahitan itu bak menelan khuldi, Kau rasailah pedih menerima hentaman, kekerasan malah pulangan paku buah keras itu, jika tidak dengan kekerasan, mungkin kau tidak terbuka mata, jika tidak dengan hinaam, mukin kau akan sesat selamanya, jika tidak dengan kekecewaan ini, pasti kau kekal dalam angan2, malah jika tidak dengan KETERPAKSAAN INI kau akan kekal dalam  jerat SYAITAN!

Sebenarnya aku tahu, kau sakit itu kerana kau KECEWA dikecewa bukan kerana perpisahan atau kehilangan, Aku tahu, kerana aku tahu Tuhan juga yang maha tahu!..

SYUKUR ALHAMDULILLAH!


No comments:

Post a Comment