Tuesday, February 24, 2015

REUNION CINDAI IBKL 1992-94

Percayakah,  lebih 20 tahun berpisah dan membawa haluan masing-masing setelah semuanya tamat berkursus sebagai guru pelatih di IBKL pada tahun 1994, maka pada 25 September 2014 bertempat di Akar Beach Resort Port Dickson, tercapailah hasrat sebahagian dari bekas teman seperjuangan ini untuk bertemu semula sambil berkongsi cerita serta memperkenalkan keluarga masing-masing selain melepaskan rindu.

Ahamdulillah segalanya berjalan lancar dengan usaha gigih dari saudara Halim yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat perjumpaan ini menjadi jaya.Begitu juga dengan kerjasama dan susahpayah Kak Fidah menguruskan makan malam pada perjumpaan itu memang sungguh mengharukan. Biarpun hanya sebahagian sahaja ahli kelas cindai yang dapat turut serta, tetapi segalanya dirasakan agak meriah.

Hampir-hampir disangka tidak dapat turut serta ialah Mazlina yang hadir agak tidak terlewat. Malah terima kasih kepada Mazlina yang berusaha untuk memeriahkan pertemuan itu walaupun beliau tidak dapat bermalam di sana. Begitu juga dengan Kak Fidah yang bergegas balik lewat tengah malam itu ke Melaka kerana mempunyai komitmen lain keesokannya. Sesungguhnya segala yang berlaku saat itu memang indah untuk dikenang walaupun mungkin sedikit perubahan iklim terjadi dalam hubungan kekeluargaan cindai grup ini.

Majlis dimeriahkan dengan ucapan ringkas dan terima kasih dari mantan ketua kelas cindai saudara Halim yang happening orangnya.

bual santai sambil melihat anak-anak mandi kolam

Pertemuan yang terkesan di hati...luv u all!

Biarpun perjumpaan kali ini hanya dapat mengumpulkan seramai sebelas orang ahli sahaja, namun kemesraan dan kemeriahannya tetap terasa. 


No comments:

Post a Comment