Friday, October 17, 2014

Santai aje

Saja suka-suka untuk aku menciptakan sesuatu yang kurasakan dapat memberi impak positif untuk orang lain. Umpamakan aku melakar warna-warni pelangi dalam kanvas kehidupan agar waktu terasa hidup dan berseri.
Sesuatu yang adakalanya tidak bermakna kepada sesiapa dan sesuatu yang adakalanya tidak menjadi kudis buat sesiapa....
Yang penting...setiap yang diakukan itu kita santai...kita gembira dan kita menyukainya. selagi ianya tidak mengganggu kehidupan orang lain.
Kuhamparkan sedikit peristiwa dalam duniaku di Sk Selabak Teuk Intan. Biarah gambar-gambar berbicara. Peristiwa-peristiwa dalam gambar merakamkan suasana murid-murid tahun 3G yang teruja untuk menghias kelas mereka sempena hari kemerdekaan. Guru hanya memberi galakan dan panduan untuk mereka menyumbangkan tenaga masing-masing. Guru memberi ruang dan peluang untuk setiap murid terlibat dari segi menyediakan bendera mahupun menyalur tenaga.


             


Dan......Inilah hasilnya!!...Kelas 3G mendapat johan kelas dalam hiasan hari merdeka juga kelas ceria bagi bulan Ogos/ September!Syukurlah rezeki berpihak kepada kami!. Guru hanya tumpang seronok bila melihat murid gembira!.

                                         


                                     


Haaa...Gambar di bawah ini hanya selingan dan sampingan sahaja sempena jamuan hari raya tahun 2014 ini. Budak-budak dah pakai baju cantik-cantik, maka kita abadikan sahajalah buat kenangan mereka juga!.


aktiviti keceriaan kelas 3 Gemilang.

No comments:

Post a Comment