Wednesday, May 28, 2014

Puisi WarkahTterakhir Buat Guru Besar (part 1)

               Puisi warkah terakhir buat Guru Besar

Serba ringkas jerrrr .Esok 27 Mei 2014 merupakan hari terakhir persekolahan penggal pertama. Mulai lusa, sekolah akan mula bercuti selama dua minggu. Rupanya... Buat diriku ianya bukan setakat hari terakhir persekolahan di Sekolah Seri Setia, namun rupa-rupanya juga merupakan hari terakhir aku bertugas di sekolah itu. Surat yang mengarahkan aku bertukar ke sekolah lain telahpun diterima. Alhamdulillah, aku dihantar ke sekolah yang  tersenarai dalam list..Syukur segalanya dipermudahkan. Aku berlapang dada menerima berita ini. Lanjutan tentang pertukaran aku, bermakna satu program   yang telah aku rancangkan sempena persaraan guru besar sekolah ini telah terbantut!.. Sebenarnya aku berangan-angan untuk membacakan puisi yang dituju khas kepada guru besar dalam majlis persaraan itu nanti. Oleh kerana hajat itu tidak kesanpaian, maka aku tukar kepada program lain. Aku buat keputusan untuk menyerahkan sendiri puisi tersebut kepada guru besar.
                 Yang tak sepertinya


GURU BESAR
(Dedikasi buat: Tuan Hj Badry bin Zawawi )

(SK SERI SETIA TELUK INTAN): (2012 – 2014)

Kuatur rapi aksara keramat ini,

tatkala menjengahnya hari-hari terakhir
wajahmu di sekolah.
Segala beban dan masalah yang kau punggah
Dari zaman ikrar guru pertamamu dulu
Kau angkat kini untuk mengkhatamkan amanah
Yang telah kau himpun 3 dekad dahulu.
Telah kau hidu segala bau kerenah dan masalah anak buah
Telah kau junjung di atas batu jemalamu
Tekad dan nekad sebagai pemimpin wadah
Demi anak2 sekolah ini.
Dalam meniti hari-hari terakhirmu di sekolah,
Tampak jelas keluh kesah 
untuk menyudahkan mimpi semalam agar menjadi nyata.
Nampak jelas di mata semangatmu masih membara
Untuk menyulam hasrat yang tersemat
Menjadi hamparan hangat ..tatkala musim kedinginan.
Hari ini sempat kulihat lagi
Langkah-langkah terakhirmu
tetap gegas dan bersemangat
Menapak tangga 3 tingkat
Memberi senyuman azimat buat anak-anak sekolah
Yang bakal kau tinggalkan.
Pagi ini masih seperti biasa, Kau berdiri di perhimpunan,
Terdiam beberapa ketika, sebelum mulai berbicara,
Itu dan ini, begitu dan begini,
Dan seperti biasa juga anak-anak bermata bola
Terus berteleku sepi…untuk mengerti suatu ketika nanti.

Tentang Guru Besar.

GURU BESAR
Nama itu bukan sekadar nama.
Jawatan itu bukan sekadar tugas.
Gelaran itu bukan sekadar pangkat
Tetapi ianya menjulang semangat waja seorang pendita anak bangsa
TERIMA KASIH GURU BESAR
Sekali menjadi guru akan terpahat gelaran CIKGU
Sepanjang abad Kau akan tetap diingat, sepanjang zaman kau kan masih dikenang,
Melangkahlah  dengan damai ,Pulanglah dengan tenang…

Mengiringi langkah dengan senyuman…
Selamat Bersara…Tuan Guru Besar kita.


Dedikasi ini dariku : Pn Rahimah@zima

15 comments:

  1. salam....saya minta izin untuk guna sajak nukilan Puan ini untuk saya guna di dalam persembahan multimedia persaraan Guru Besar sekolah saya..harap Puan izinkan...terima kasih..sajak ini sangat2 menyentuh hati saya tatkala saya membacanya...

    ReplyDelete
  2. Saya mohon untuk guna sajak ini sebagai inspirasi bagi mencipta sajak baru. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya mohon untuk guna sajak ini sebagai inspirasi bagi mencipta sajak baru. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Saya mohon untuk guna sajak ini sebagai inspirasi bagi mencipta sajak baru. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Saya pun mohon guna sajak ini untuk inspirasi buat sajak baru...harap halalkan ye.

    ReplyDelete
  6. saya rasa saya mahu guna sajak ini utk persembahan saya esok

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian mutiara indah..mohon diedit untuk majlis persaraan gb kami nanti.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian mutiara indah..mohon diedit untuk majlis persaraan gb kami nanti.

    ReplyDelete
  9. Mohon guna juga ... kredit to Pn Rahimah@zima

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum pn.rahimah...sy juga mohon untuk guna puisi berkenaan guru besar utk hadiah persaraan gb sy...

    ReplyDelete
  11. assalam puan..sy mohon untuk guna puisi berkenaan untuk persaraan pengetua sy..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Salam puan rahimah. Minta kebenaran utk menggunakan puisi nukilan puan utk sy edit. Sebagai nukilan utk gb kami yg akan bersara nnti. Indah mutiara kata ni. ~ishak*~

    ReplyDelete
  13. mohon digunakan dan diubahsuai sedikit utk persaraan guru besar sekolah saya..

    ReplyDelete