Friday, May 9, 2014

Masalah lupa bagi si pelupa.

Topik aku nak cerita ni tentang lupa. Lupa ni bolehlah dikatakan satu perbuatan yang tidak disengajakan atau sesuatu perkara yang tidak terniat untuk dilakukan namun relah berlaku atas sebab dan faktor tertentu.
Dalam islam, jika sesuatu ibadah dilakukan dalam keadaan lupa, ianya boleh dimaafkan. Contohnya jika dalam keadaan berpuasa tetapi orang itu terlupa lantas termakan atau terminum maka puasanya dikira masih sah dan boleh diteruskan.
Banyak dah kejadian malang yang berlaku akibat lupa. Kita pernah dengar tentang orang yang kematian anak disebabkan ibu bapanya terlupa bahawa anaknya ada di dalam kereta. Begitu juga baru- baru ini seorang kenalanku telah menceritakan tentang insiden lupa yang dia alami iaitu beliau terlupa yang anaknya seorang oku tertinggal dalam keretanya setelah dia naik ke pejabat untuk punch card. Sebaik selesai punch card rupanya beliau didatangi egawai lain yang memintanya melunaskan satu tugas yang duenya tamat hari itu juga. Maka terlupalah dia akan anaknya yang di dalam kereta tadi. Walaupun kereta tidak berkunci namun si anak yang oku itu tidak boleh membuka pintu kereta. Syukurnya setelah dua jam anaknya terkurung,seorang rakan sejawatnya datang lalu bertanyakan hal ansknya yang di dalam kereta. Lanak- kanak itu selamat namun wajahnya telah pucat dan berpeluh.Syukurlah semuanya selamat dan kenalanku itu amat menyesali pada dirinya sendiri atas apa yang berlaku.
Bagi diriku pula, masalah lupa dan menjadi orang yang pelupa ni seolah satu  'trademark'buat diriku. Lagi- lagi setelah pertambahan usia menjejaki pertengahan umur ni..kurasakan sifat pelupa itu semakin menjadi- jadi!. 


Seringkali terjadi ketika aku ke dapur!.  Sama ada aku memanaskan makanan mahupun aku memasak aku sering terlupa lantas aku buat kerja-kerja yang lain konon sementara menunggu masakan menggelegak. Sehinggakan aku seakan dah biasa bila terpaksa mencuci periok dan kuali yang hangus!. 
Namun yang paling teruk dan sangat mendebarkan pabila api yang menyambar kuali yang dipenuhi minyak itu menjulang sehingga hampir 4 kaki ke atas menyebabkan hud penyedut wap dapurku terbakar dan lecuh.. Begitu juga dengan kabinet dapur hampir terbakar dan dapur dipenuhi asap hitam. Peristiwa itu disedari oleh jiran belakang rumahku yang bertindak menjerit memanggilku. Syukur api dapatku padamkan namun kesan asap hitam itu masih ada sehingga kini di dinding dan syiling dapurku.


Selain lupa semasa memasak di dapur, aku juga sering lupa hal-hal di tempat kerja! Pernah terjadi yang aku terlupa bahawa hari tersebut merupakan hari kokurikulum dan aku sepatutnya menghadirkan diri pada petang itu, namun apabila telah lupa, aku tidaklah hadir pada hari tersebut. Kebetulan pula tiada kawan-kawan yang mengingatkan aku tentang hal itu. Sehinggalah esok petangnya tiba-tiba sahaja aku teringat dan lantas bertanya pada kawan untuk pengesahan sama ada hari semmaam terdapat kokurikulum atau tidak?. Huhuhuu...nak buat macam mana jika dah lupa?... tak pasal-pasal aku kena buat surat tunjuk sebab!.
Begitu juga dengan reief yang diberi...kebanyakkan aku memang tak masuk kerana sebab ini. Aku lupa!!.
Aduhhh!..
Renung semula pada penyakit lupa ni dapatlah aku simpulkan ianya mungkin boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Selain dari memang ditakdirkan terlupa, ianya juga boleh jadi disebabkan apabila seseorang itu terlalu banyak memikirkan tentang sesuatu masalah atau perkara lain yang dianggap lebih utama. Tambahan pula pabila seseorang itu menerima sesuatu tugasan dengan separuh hati,maka kemungkinan terlupa itu memang berlaku. Selain itu, faktor usia juga memainkan peranan penting dalam kes lupa ini. Semakin bertambah usia manusia secara semula jadi ianya akan menjadi bertambah pelupa.

No comments:

Post a Comment