Tuesday, February 11, 2014

Pelancaran Program i-Think Sk Seri Setia 2014

Pada tarikh 13 januari 2014 yang lalu, Sk Seri Setia telah melancarkan program i-Think di peringkat sekolah dengan jayanya. Tahun ini adalah tahun ke-2 bagi sekolah ini dalam menjalankan program i-Think ini setelah sekolah ini terpilih sebagai salah sebuah sekolah perintis dalam daerah Hilir Perak.



Di pagi yang ceria itu, majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari Tn Guru besar yang mengingatkan kembali kepentingan peta i-Think ini kepada murid-murid. Selepas ucapan ringkas Tn Guru besar, acara simbolik memecahkan belon pada replika banner i-Think telah disempurnakan oleh Tn Guru besar SKSS Tn Hj Badry bin Zawawi.



 Acara pelancaran seterusnya dimeriahkan pula oleh kumpulan pelajar yang menyanyikan lagu tema i-Think SKSS. Kemeriahan dirasai pabila murid-murid lain turut sama menyanyikan lagu tersebut memandangkan lagu itu telah diperkenalkan pada mereka pada tahun lepas.

Majlis seterusnya pula diteruskan dengan mengedarkan fail i-Think yang baru bagi tahun 2014 kepada semua guru dengan sasaran agar guru-guru merekodkan setiap PdP melibatkan peta i-Think ke dalam fail tersebut yang akan dihantar bersama-sama dengan fail ringkasan mengajar pada setiap hujung minggu persekolahan.


Selepas itu Tn Guru Besar memulakan program i-Think untuk tahun 2014 ini dengan memperkenalkan semula jenis-jenis peta i-Think kepada pelajar. Program ini akan dilaksanakan pada setiap minggu ke dua dan ke empat dalam setiap bulan sewaktu perhimpunan pagi.


Pendedahan kepada semua guru dan pelajar tentang semua jenis peta i-Think ini adalah bertujuan untuk mengingatkan dan menguatkan memori pelajar selain menambahkan pemahaman mereka terhadap konsep peta-peta i-Think ini.

No comments:

Post a Comment