Bad masih berbaring di pangkin yg terletak di bawah rimbunan pohon mangga. Matanya tidak lepas memandang dedaun yang berbuai di tiup bayu yang sepoi-sepoi. Kesegaran udara petang itu mendinginkan serta meredakan kelelahan yang dialaminya setelah sepagian Bad membanting tulang empat keratnya di kebun sawit. Fikirannya terus melayang kepada perbualannya bersama dengan temannya sewaktu mereka berada di warung Pak Ya sebentar tadi. Terngiang-ngiang lagi soalan yang tidak disangkanya keluar dari mulut rakannya itu. Entah mengapa, soalan tersebut tiba-tiba menyentap perasaannya.
"Eh, Bad, aku nak tanyalah, mengapa sampai sekarang kau tak kawin-kawin lagi?.Kau masih inagt cinta lamake? alaa..lupakan jelah..ramai anak dara yang lain"
Bad terpempan dengan soalan dari rakannya yang sengaja menyerkap jarang. Bagaimanapun, persoalan tersebut dijawab oleh bad dengan berhemah.'Ish..tak ada lah, dah jodoh aku belum sampai,. aku mana ada bercinta-cinta ni.."
Namun impak dari perbualan tersebut, bad terkenang semula pada seorang gadis yang pernah mencuri hatinya. Raut gadis itu yang manis,sentiasa tersipu, hitam manis dan pemalu orangnya benar2 menambat jiwanya tika itu. Namun, perhubungannya dengan gadis itu hanyalah di alam persekolahan rendahnya sahaja. walaupun begitu, detik tersebut masih menyentuh hati lelakinya seterusnya menyimpan kenangan yang terindah bersama gadis tersebut.
Ingat lagi suatu hari, gadis itu yang bernama Ima,telah mengutuskan sebuah nota di atas secebis kertas yang tertera, "Bad,benarkah kau sukan aku?. Dan seingat bad, esoknya dia mencoretkan balasan untuk gadis itu. "Ima, aku memang suka engkau dan tiada orang lain yang benar2 aku suka, selain engkau.". Bad berharap penjelasan itu memuaskan hati Ima dan membuktikan keiklasan hatinya ingin berkawan dengan gadis itu. Sejak itu, Bad dan Ima sering berutusan surat berkhabar berita. saat itu sungguh indah dirasanya.Paling menggamit memori pabila pada setiap petang mereka akan ke surau untuk mengaji,seterusnya peluang itu mereka gunakan untuk bermain bersama-sama.Tika itulah Bad berpeluang untuk mengusik dan menyakat Ima sambil hatinya berbunga pabila melihat gadis itu tersipu-sipu dengan usikannya.
Entah bagaimana, suatu masa, Bad terpaksa berpindah ke daerah lain,dan dengan berat hati, Bad terpaksa berjauhan serta meninggallakn ima yang sering dirinduinya . Pada mulanya, Bad masih menerima surat dan berita dari Ima, namun atas beberapa maslah teknikal, mereka tidak lagi dapat berhubungan dan semenjak itu,Bad tidak pernah bertemu mahupun menerima berita dari Ima. Mereka benar2 terputus hubungan tanpa mengetahui perkembangan masing2.
"Ah,Ima, bagaimana keadaan mu saat ini agaknya?.kini setelah lebih 20 tahun berlalu apa yang dapat aku dengar ialah, kau telah berbahagia dengan pilihanmu, sedangkan aku masih di sini,,masih sendiri. aku tidak menyalahkanmu kerana aku tahu, semua yang berlaku bukan kehendak kita." Tiba2 Bad berbisik sendirian...
Baginya, cinta monyetnya adalah yg terindah setelah mengenali Ima.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara tua ibunya yang memanggilnya berulangkali. "Apa yang kau menungkan tu Bad, sampai mak panggil pun kau tak dengar?itulahh..berangan lah tu,..Bila mak dan suruh kau kawin tapi kau tak nak.!".
Ah, itulah modal emaknya dari dulu. "Emak dah jemuke dengan saya?, biarlah saya nak jaga emak. Bukan saya tak mahu kawin, saya takut tak mampu untuk beri makan anak orang, Mak janganlah risau,kalau ada jodoh nanti, kawinlah saya."Jawab Bad sambil tersipu.
Bad segera bangun dari pembaringannya lalu menuju ke dalam rumah. Segala kenangan yang terbayang di mindanya tadi, gugur satu persatu bersama ayunan langkahnya....
No comments:
Post a Comment