Tuesday, July 10, 2012

cuti di KL

Cuti sekolah yang lalu membawa kami sekeluarga bercuti ke KL. Mengapa KL? kerana waktu itu terdapat pameran Diraja yang berlangsung di Istana Negara Lama. Memandangkan kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Istana tempat bersemayam raja-raja..maka teringinlah hati untuk melihat sendiri situasi di istana. Maka bermulalah percutian yang serba ringkas. kami memilih untuk tinggal di Hotel Dynasty kerana hotel itu ada kolam renang untuk anak-anak berlibur. Keadaan hotel itu ok-ok jer..apa yang aku lihat, pengunjung hotel itu kebanyakannya warga pakistan, ada juga yang menjadi staffnya terutama instruktor kolam renang.
kolam renang  di tingkat 29
Bilik kami di tingkat 26,famili room...wahh..dapatlah kami melihat panorama bandar Kua;la Lumpur siang dan malam!
pemandangan dari tingkap hotel...sayuppp..

Kami memulakan lawatan ke Istana dengan perasaan yg teruja..apa taknya..melihat sahaja laluan masuk ke istana yang menawan hati..hilang rasa penat berjalan kaki mendakinya.Seterusnya kami beraksi di laman istana yang lapang,dengan disajikan oleh pemandangan reka bentuk istana yang menarik membuatkan kami bertambah teruja.
Titah di junjung, adadt di sanjung..begitulah yg kami rasa tika kaki melangkah masuk ke dalam istana yang telah diubah menjadi umpama muzium dan pameran yang menyajikan koleksi pakaian dan gambar-gambar Agong yang pernah bertahta dalam istana itu. Namun yang paling menjadi daya tarikan utama ialah pabila melihat sendiri keindahan dan kemashuran tahta yang menjadi daulat untuk para Agong. Keindahan dan kemasan yang anggun terus menjadi lambang kedaulatan raja2.
Antara koleksi lain yg dipamerkan adalah alatan kebesaran raja2, pakaian dan aksesori diraja, serta koleksi peribadi agong.Kesimpulannya, lawatan itu benar2 memuaskan hati dan sungguh menarik sekali.







No comments:

Post a Comment