Saturday, May 12, 2012

My Pets

Aku memang sayangkan binatang.Sedari kecil aku memang amat suka memelihara kucing terutamanya, namun sebenarnya aku sudah biasa dikelilingi oleh haiwan2 lain seperti ayam, itik, burung, kambing, lembu dan ikan. Maklumlah, aku hidup di kampung dan bapaku seorang petani, jadi aku sudah biasa berhadfapan dengan semua haiwan tersebut. Tinggal lagi aku lebih suka  kepada binatang yang boleh dibelai dan disentuh. Jadi, kucing adalah keutamaanya padaku. Ingat lagi sewaktu kecil, aku memelihara kucing sehingga mencecah sepuluh ekor dan nenekku membebel mengatakan bahawa aku membela kucing macam bela kambing!.

Itu zaman kanak2ku...namun setelah aku berkeluarga, habit memelihara binatang tidak lagi aku teruskan kerana suamiku tidak tahan dengan bulu haiwan, takut semput katanya. Sehinggalah anak2ku yang kesemuanya suka dan sayangkan binatang telah merengek dan meminta untuk memelihara kucing, atau arnab, atau hamster. Apa yang aku boleh izinkan waktu itu ialah memelihara ikan sahaja. Entah bagaimana, ditakdirkan datang seekor ibu kucing yang sarat mengandung dan beranak di luar rumahku. Mula-mula aku biarkan kucing2 itu duduk di luar dan hanya membenarkan anak-anak ku bermain dengannya.Lama-kelamaan,,,seperti pepatah malu-malu kucing..akhirnya anak-anak kucing itu terbiasa keluar masuk di rumahku sehinggalah kini telahpun tinggal dan menetap dalam rumahku pula. Jumlah kucingku turut bertambah serta bertukar-tukar ibu yang datang melahirkan anaknya. Pernah semua kucingku berjumlah 9 ekor dan setiap hari aku memperuntukkan sekilo ikan untuk mereka. Namun, hanya beberapa ekor sahaja yang kekal kerana terdapat kucing yang hilang. Ada juga kucingku yang telah bertahun aku bela namun apabila keluar rumah mereka tidak pulang2 semula lagi. Patah tumbuh hilang berganti..bila hilang yang lain, maka ada sahaja kucing lain yang akan datang melahirkan anak yang lain.Mari kita lihat vedio kelahiran kucing yang sempat aku rakam sebelum beberapa minit bateri camera aku out...

Sampai sekarang, aku dah tak ingat entah berapa ibu kucing yang berpindah randah melahirkan anaknya di rumahku.Buat masa sekarang, ada 2 ekor kucing jantan yang sudah dewasa tinggal bersamaku, diikuti oleh seekor ibu kucing yang melahirkan 4 anak namun hanya 2 sahaja yang panjang umurnya kerana 2 ekor lagi telah dimakan oleh kucing jantan liar.
                          He is the amazing n lucky guy!..see...how cute he is.

Apa yang menarik ialah, pengalaman sepanjang memelihara kucing ini, terdapat beberapa insiden yang aku kira agak menakjubkan. Begitu juga susah senang menjaga kucing-kucing ini terutamanya dalam memastikan kucing-kucing ini tidak teraniaya oleh kita dengan sengaja dan dalam jangka masa yang lama. Antaranya ialah masalah apabila kita hendak bercuti lama atau pulang ke kampung dimana kucing-kucing ini kelak akan menghadapi masalah  untuk mencari makan dan minumnya. Selalunya bekalan makanan yang aku tinggalkan cukup untuk mereka selama 2 hari sahaja kerana selalunya makanan mereka di kacau oleh kucing luar.
Semuanya itu menyebabkan aku terpaksa meninggalkan kucingku di rumah bapaku di kampung dan meminta mereka tolong-tolong lihatkan kucing ku itu.

Namun yang paling ingin aku kongsikan di sini ialah pengalaman mencemaskan dan bagiku ianya satu keajaiban apabila suatu hari, kucingku yang suka menyaambut kepulanganku sering menerpa ke arah keretaku. Entah bagaimana suatu hari sewaktu aku mahu memakirkan kereta, kucingku ini rupa-rupanya ia betul-betul meletakkan dirinya di hadapan tayar keretaku dan tanpa aku sedari aku terus lanyak tubuh kecil itu sehingga 360 darjah pusingan tayar. Apa yang aku perasan waktu itu ialah satu ngiauan keras serta kelibat kucing yang berlari ketakutan masuk ke dalam rumah. Ya tuhan...apa yang berlaku ni?..sedarlah aku sebenarnya aku telah melanggar kucingku tadi. Bayangkan perasaanku tika itu..sedih, kasihan dan rasa bersalah yang amat sangat menerjah sehingga aku tidak sanggup untuk melihat keadaan kucingku itu. Apakah yang berlaku pada dia?..pertanyaan dan soalan bertimpa-timpa menular dalam otakku...Aku sempat mencari dan mengintai kucing ku yang dalam kesakitan dan ketakutan tadi melarikan dan menyorokkan dirinya di bawah almari dapur. Syukur..dia masih hidup namun takkan dia tak tercedera?...Ya ampunn....hatiku tidak tenang mendengar ngiauan kucing itu seolah menangis dan mengaduh kesakitan. Apa yang bersarang di benakku tika itu ialah..tiada harapan untuk kucingku hidup...Aku panjatkan doa kepada Ilahi... Ya Allah..kalau kau sayangkan kucing itu, kau peliharalah dia dan permudahkanlah dia. Kau sembuhkanlah dia jika umurnya panjang, namun janganlah kau siksakan dia jika ditakdirkan umurnya pendek.Jika lebih baik dia mati kau permudahkanlah dia dan jangan siksa dia menanggung sakit. Jika lebih baik dia hidup. kau berilah dia harapan dan aku tidak dapat maafkan diriku jika dia cacat dan menderita hidupnya kerana perbuatanku. Aku tak sanggup menanggung rasa bersalah itu selamanya". Berkali-kali aku meminta maaf dari kucingku dan air mata ini tidak mampu ku bendung,. Aku membawanya ke klinik vetarinar dan pepemiksaan mendapati tiada tulang yang patah namun kucing ku itumasih tidak dapat berjalan dan menggunakan ke dua2 kaki belakangnya. Melihat dia bergerak hanya menggunakan dua kaki hadapan sahaja sudah cukup membuatkan aku pilu dan sedih.
Doktor vaterina mengatakan, mungkin otot2 sahaja yang masih lemah, namun ia berkemungkinan akan boleh sembuh. alangkah leganyaa hatiku. Selama dua minggu,kucingku bertatih jalan dengan dua kaki hadapan,setelah itu baru kulihat sebelah kaki belakangnya pula mula dapat digerakkan dan akhirnya, setelah sebulan, alhamdulillah..kucingku telah boleh berjalan seperti biasa walaupun tika itu dia masih tidak boleh melompat atau memanjat memandangkan otot kakinya masih lemah. Kini setelah setahun berlalu..kucingku itu telah sembuh sepenuhnya dan dia seekor kucing yang cergas dan manja. Kami jadi kawan baik dan dia memahami aku serta aku memahami dia. Syukur tuhan!.

Selain insiden itu, baru2 ini aku dikurniakan seekor anak kucing yang sangat istimewa. Aku rasa dia sungguh bertuah kerana terselamat dari di makan oleh kucing liar.Mulanya aku tak menyedari kelainan yang ada padanya namun setelah dua minggu dilahirkan, aku dapati kucingku ini masih belum boleh bergerak cergas, berlari, berdiri seperti adik beradiknya yang lagi seekor. Oh, rupa-rupanya ia cacat!. kedua-dua kaki belakangnya lemah dan aku sendiri tidak tahu puncanya. Aku tidak merujuk kes ini ke vaterina kerana mendapati tiada sebarang kecederaan yang terlihat dari luaran, namun aku percaya, dia mengalami kecacatan semulajadi pada sendi atau otot kakinya. Aku reda dan berjanji tidak akan mensia-siakan hidup anak kucing ini. Ia ku namakan Si Kembang. Aku tidak lihat kecacatan C Kembang sebagai satu kelemahan tetapi sebagai satu kelebihan dan keistimewaan.

 
Namun syukurr..setelah C Kembang semakin dewasa, otot kakinya semakin kuat dan ia dapat membiasakan dirinya dan akhirnya langsung tidak terlihat seolah ia pernah mengalami masalah otot suatu ketika dahulu.



No comments:

Post a Comment