Monday, February 20, 2012

DONT JUDGE THE TREE!

Seorang bapa yang mempunyai  4 orang anak merasa susah hati apabila keemua anak-anaknya tidak mempunyai persefahaman malahan sering berselisih pendapat.Keharmonian dan kemesraan yang diharapkan dalam keluarganya kian terasa jauh.Lalu sebelum bapanya bertambah uzur dengan peningkatan usianya, beliau telah meminta setiap orang anaknya untuk pergi melihat dan memerhatikan sepohon pear yang tumbuh di kaki lembah secara berasingan mengikut musim dan seterusnya mereka perlu melaporkan apa yang mereka lihat terhadap pokok terenut kepada bapa mereka.

Anak yang sulung disuruh pergi melihat pokok itu dalam musim bunga, anak yang kedua pula pergi melihat pokok terebut dalam musim luruh, eterusnya anak yang ketiga disuruh melihat dalam musim dingin serta akhir sekali anak yang bongsu pergi melihat pokok yang sama pada musim panas.

Setelah keempat-empat anaknya selesai melihat pokok tersebut, maka si bapa mula mengumpulkan kesemua anaknya lalu meminta mereka melaporkan apa yang dilihat seorang demi seorang.Anak yang pertama melaporkan , dia melihat keadaan pokok pear tersebut sedang berbunga dan berdaun yang lebat serta kelihatan subur.Manakala anak yang kedua melaporkan bahawa dia melihat pokok pear itu sedang mula mula menggugurkan daunnya serta tidak kelihatan secantik seperti laporan abangnya.Apa yang dilihatnya ialah pokok tersebut kelihatan buruk dengan daun dan buahnya yang berguguran ke bumi. Anak yang ke tiga pula melaporkan bahawa dia melihat pokok pear tersebut dalam keadaan kurus ,tidak berdaun,serta diliputi salji tebal. akhir sekali, anak yang bongsu melaporkan bahawa pokok pear yang dilihat olehnya pula ialah sebatang pokok yang hebat, berbuah lebat, subur dan cantik!

Apabila mendengar laporan yang berlainan dan tidak serupa antara setiap orang anak-anaknya, maka si bapa itupun menasihati serta menjelaskan kepada anaknya bahawa, usahlah mengadili atau menilai sesuatu atau seeorang dengan sekaliu pandang sahaja. kerana adakalanya pada sebatang pokok/orang yang sama tetapi hidup dalam musim/ emosi yang berlainan dan tidak serupa,mereka mempunyai hari suka dan duka,saat bahagia, sakit dan sedih serta berjaya  mereka, bagaimanapun, mereka tetap mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing malahan kelemahan serta kekurangan juga.

Kesimpulannya, janganlah mudah menilai sesuatu tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Hargailah juga saat-saat duka bilamana saat-saat gembira menjelma kerana yang nampak buruk itu tidak selalu busuk,dan yang elok pula tidak semestinya berkualiti.
Suatu hari kita akan merindui saat-saat yang berbeza dalam hidup kita sama ada saat suka mahupun duka. Oleh itu, sebarang perselisihan pendapat dan pegangan seharusnya tidak dijadikan batu penghalang untuk hidup saling bekerjasama, malah jadikan ianya satu peluang untuk penambahbaikan diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment