Friday, August 12, 2011

tak baik tau menganggap negetif pada org lain!

apa aku nk kata tentang orang-orang ini ya? mereka semua menunjukkan penampilan yang bagus dan baik serta bersopan, namun masih dapat dibaca hati mereka dari pendirian dan tindak tanduk mereka sendiri. mendabik dada mengatakan mereka bekerja untuk negara,untuk masyarakat untuk tuhan, tetapi peliknya malahan mrk tega mempertikaikan keikhlasan orang lain dalam menjalankan tugas. mereka yakin berdiri di landasan yg betul tanpa mahu melihat kiri dan kanan persekitaran semasa lantas menganggap orang lain sesat.tidak pula mereka pernah cuba untuk mendekati, mendalami dan cuba berkongsi pendapat atau bercerita dengan sesuatu golongan yang mereka tidak gemar ini. cubalah mereka selidiki dahulu pokok perkara sebelum membabi buta membuat perkiraan.mereka umpama gunting dalam lipatan.merekalh musang berbulu ayam. jadi bagaimana perasaan mereka pulak bila orang lain membuat andaian dn persepsi negetif terhadap mereka?mereka sangat pandai menjatuhkan hukuman halal dn haram gaji orang lain dlm mencari rezeki tuhan seolah mereka tahu sangat niat hati manusia itu? siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman sebegitu?biarlah tuhan sahaja yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dalam dada seseorang itu. apa yg pasti ialah tidak kira sesiapa pun, suatu hari setiap perkara yg kita lakukan, yg baik mahupun yg buruk tetap akan d beri balasan. mungkin masanya sahaja yg mungkin cepat dan juga mungkin lambat. ada yg menerima di dunia dan ada yg d akhirat. sesungguhnya itu semua adalah urusan tuhan. apa yg seharusnya kita lakukan ialah muhasabah diri sendiri serta cuba perbaiki yg kurang dan lemah dan kekalkan yg baik dan bagus.

sememangnya kita maklum, melihat diri sendiri tidaklah sama dengan perspektif orang lain melihat diri kita. namun kita perlu percaya bahawa sedikit sebanyak segalanya akan terpancar di riak muka kita sendiri dan segala yg tersembunyi boleh di kenalpasti. kerana sesungguhnya hanya permata yg mengenal manikam.sebagai manusia biasa, perlu diakui yg sememangnya kita punya kelemahan masing-masing,dan juga punya kelebihan tersendiri. namun sikap memandang lebih kepada kelebihan sendiri dan kelemahan orang lain adalah tidak patut dan tidak adil.kita perlu berbaik sangka sesama kita. tidak perlulah memanjangkan perkara yg remeh.berhentilah mengandai dan menganggap orang itu sebegini, orang itu sebegitu....

No comments:

Post a Comment