Monday, February 21, 2011

kek coklat kukus

resepi ini aku suka sebab ianya mudah dan cepat untuk membuatnya.tak perlu guna peralatan letrik .untuk anda yang gemar serba cepat dan ringkas juga yg baru nak belajar buat kek coklat lembab, marilah cuba.rasanya jua tidak kalah dengan kek bakar.untuk cantik dan lagi enak, anda boleh buatkan toppingnya sekalii...!

bahan2.

A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak atau boleh guna butter cair
1 cawan gula
B
3/4 cawan tepung
1 sudu baking powder
1sudu soda bikabonat
C
3 butir telur
1 sudu essen vanila.

Cara membuatnya.
Bahan A dimasak dgn api perlahan,tujuannya untuk mencairkan gula jer.
kemudian sejukkan.
sementara itu, pukul bahan C sehingga sebati dengan essen jer.tak perlu hingga kembang.
Akhirnya, ayakkan bahan B dan masukkan dalam bahan A yg telah sejuk bersama-sama bahan C tadi. kacau dan gaul sedikit-sedikit sehingga habis dan sebati.
Masukkan ke dalam acuan lalu di kukus selama 45 ke 60 minit. Siap!



Ini pula resepi kek cokat kukus yang aku dapat daripada anak muridku. sebagai menghargainya aku rasa lebih baik aku simpan di sini resepi tu sebelum ghaib!!

1. 4 biji telur
    1 1/2 cawan gula kastor. putar hingga kembang,

2. Ayak dua cawan tepung gandum
    1 sudu teh bikabornat
    1 sudu teh baking powder
    1 cawan serbuk koko

Masukkan bahan 2 ke dalam bahan 1.putar dan gaul sebati. masukkan 1 cawan susu pekat manis, 3/4 cawan susu cair, 1/4 cawan air panas dan 1 cawan minyak. Putar lg sehingga sebati.

toping kek

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
3/4 tin susu pekat manis
( gaulkan dalam bekas dan masak dlm air mendidih.

No comments:

Post a Comment