Sunday, January 23, 2011

pengalaman -DITIPU....

pengalaman ini sengaja ku rakamkan dalam blogku ini untuk berkongsi pengalaman ditipu oleh manusia yg pelbagai ragam di dunia ini. kebanyakannya aku lihat hidupnya tidaklah begitu berkat namun mereka ini kebanyakannya berkulit muka yg tebal.Semua pengalaman yg aku tuliskan di sini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa sekadar renungan serta iktibar untuk aku dan sesiapa yg mahu.
Melihat tegaknya rumah bapaku ini,mengimbas kembali pahit getir dan susah payah yg melanda kami sekeluarga dari mula perancangan mendirikan rumah ini sehinggalah tersergamnya rumah tersebut. bermula dgn kontraktor yg dipilih bukanlah yg berdaftar(kesilapan sendiri yg ingin cepat rumah siap). kontraktor yg mulanya nampak baik dan memuaskan seolah memahami dan tahu mengenai pembinaan rumah dengan yakinnya.setelah beberapa bayaran dilakukan, mulalah kontraktor mohon untuk menaikkan lagi kos dengan mengatakan akan 'lebih elok begini' dan 'cantik kalau begitu'.kami yg mulanya ingatkan ikhlas nasihat dari kontraktor tersebut menurut sahaja tanpa banyak soal kerana janjinya rumah akan siap dalam waktu yg dijanjikan iaitu dalam 3-4 bulan.namun selepas itu kontraktor meminta pula bayaran kos rumah selang dua minggu,10 ribu, selang seminggu 10 ribu sedangkan semasa persetujuan awal. kami perlu membayar hanya 3 kali sahaja iaitu semasa awal pembinaan, di tengah2 pembinaan dan setelah rumah siap bayar bakinya.namun perbuatan kontraktor yg meminta duit ikut sesuka hatinya telah menyebabkan kami menggelupur untuk mencari wang yg d pinta kerana takutkan alasan kontraktor tadi bahawa modal tiada nk buat dan beli barang untuk buat rumah kami!..Kami yg kesuntukan masa terlalu sangat berharap yg rumah akan cepat dibina sebagaimana yg telah disanggupi oleh kontraktor sebelum ini. sudahnya,kami memang bengang dengan permainan dari kontraktor yg dulu janji menyiapkan dalam tempoh yg di berikan namun gagal menunaikan janji tersebut sehingga ibu bapa terpaksa juga menduduki rumah itu walau tidak siap sepenuhnya.Janji kontraktor utk beri kabinet dapur percuma juga bohong bilamana taukeh kabinet datang meminta wang dari kami.namun semua itu telah dinafikan oleh kontraktor, malah kami juga yg dipersalahkan dgn bermacam2 alasan. Bukan itu sahaja, semasa mencari org utuk memasang pendawaian rumah tersebut, sekali lagi kami ditipu oleh kontraktor wiring yg ku sangka baik dan jujur namun org muda itu sekadar menggunakan kesempatan apabila menganggap org tua dan org kampong serta org perempuan mudah untuk ditipu.
mulanya perbincangan dgn kontrator wiring ini sangat lancar,namun tetap terselit rasa hairan d hati apabila budak itu mencongak bayaran wiring rumah tersebut spt mengira 1+1+_3+2 sahaja lagaknya terus dapat jumlah.Wah hebatnya! bisikku dalam hati namun aku positifkan diri dgn menganggap mungkin budak ni dah terer kerana lama berpengalaman,jadi dia tahulah apa yg dia buat. Sangkaku juga budak ini akan beri bil di kemudian hari apabila selesai..bayaran pertama diminta telah dijelaskan olehku dgn mudah, selebihnya dia akan minta kemudian apabila tugasnya selesai.Bayaran yg ku beri termasuklah bayaran pada TNB untuk penyambungan semula kerana rumah lama telah terbakar. Budak ni berjanji akan mengembalikan wang jika TNB tidak meminta bayaran tersebut. Janji budak kontraktor wiring ni, akan siap dalam tempoh 2 minggu.Namun seminggu lepas itu dia minta bayaran 500 kerana katanya untuk urusan dgn kontrator TNB pulak.namun apabila aku minta resit2 bayaran urusan tersebut, macam2 dalih diberi. Tak cukup minta pada aku, org ini datang minta pada bapa aku...nasib baik aku dh pesan pada bapak, apa-apa hal bayaran mesti pada aku dan bapak, aku tk benarkan beri duit sesenpun pada org lain tanpa kebenaran aku. Akhirnya aku turun sendiri ke TNB dan sub kontraktor TNB utk mengetahui maklumat lanjut, namun disitu juga aku dapat tahu tembelanganya selama ini.Rupanya,TNB tak amikpun cas penyambungan!..so, mana duitnya? org tu tak kembalikan bayaran kepada kami.Sudahlah begitu, kontraktor ini gagal menyiapkan wiring dalam masa yg dijanjikan. bayangkan, esok nk buat kenduri masuk rumah baru,tapi wiring tk siap lg, lampu kipas tak pasang lagi,alasannya tiada pekerja. Namun yg membanggakan aku ialah apabila adikku berkeras menghalang budak kontrator wiring ini dari balik sehinggalah beliau siap pasang lampu dan kipas rumah itu. keretanya dihalang dengan kereta adikku. hendak tak hendak terpaksa budak tu siapkan juga sendirian sehingga pukul 10.malam!...hahahaha......padan muka dia!.. walaupun tk siap sepenuhnya namun malam itu rumah bapaku sudah dapat diterangai lampu elektrik. Namun lepas tu budak tersebut tak berani datang minta duit lagi kerana tahu tembelangnya dh pecah.
masih kisah penipuan di rumah bapaku lagi...Rumah yg menjadi saksi majlis perkahwinan adikku. Aku yg bersemangat untuk membantu keluarga dan meringankan beban ibubapa dalam penyediaan majlis kenduri, telah menempah sejumlah kueh untuk buah tangan tetamu dari org yg aku kenal rapat (satu tempay kerja). Sekadar niat untuk menolong sesama melayu..mulanya dengan bangganya insan ini menuturkan kata2 manis mengenai kueh buatannya serta janjinya utk memberikan aku harga yg istimewa walau aku langsung tak minta itu semua..janjinya sepeket berharga 20 sen. Namun apabila tiba masanya, dan bayaran ingin ku lunaskan, harganya menjadi 25 sen,sepeket..aku tak apalagi...sekadar lebih 5 sen apalah sangat...janji semua beres. Tiba waktu menyusun kueh dalam bekas, aku dan keluarga terkejut apabila jumlah yg ku minta tidak sama dengan jumlah yg diberinya...puas aku telefon dan sms namun tiada balasan. akhirnya bila aku dapat bercakap dgn insan ini, dengan selamba dia kata, aku yg salah cakap,faham dia lain, aku cakap lain...sedangkan perkara tersebut kami telah bincangkan 2 minggu awal pada setiap hari kami berjumpa. Aku minta insan ini kira semula bayaran yg sebenar kerana menurut perkiraan aku, aku telah terlebih bayar dan seharusnya dia tahu itu. mengejutkan apabila dia dengan selamba dian yg suruh aku kira sendiri dan mengatakan tiada apa lagi yg perlu diungkitkan.bermakna..SELESAI???...utk itu, sebenarnya, kueh itu telah jatuh kepada 30 sen sepeket!...senang je kan!Apa yg menariknya dalam kes penipuan ini, semua mereka yg menipu ini berwajah selamba dan tiada punya perasaan maluker,seganker,hormat org tua ker....TIADA. mereka anggap tidak perlu takut kerana pegangan dan alasan mereka mengatakan mereka batul.Dalih nereka sentiasa hidup.namun, sebenarnya, keberkatan dalam mencari rezeki buat mereka, tidak ada. kehidupan mereka sentiasa ketidakcukupan wang dan sentiasa malang..
satu lagi pengalaman aku ditipu hidup2 oleh insan yg suka mengambil kesempatan di atas kesusahan atau kelemahan org lain,ini berlaku semasa aku ingin menduduki rumah baru yg keadaanya waktu itu dipenuhi semak samun dan rumput yg tinggi. Aku mohon bantuan kepada seseorang yg ku anggap tahu tentang pembersihan ini kerana org ini memang bekerja sebagai tukang kebun. Setelah persetujuan dicapai, org ini menetapkan bayaran upah serta modal lain kerana katanya modal untuk membeli racun. janjinya, racun yg baki lebih akan dipulangkan pada ku.setelah selesai semua, org ini sering mengatakan racun masih ada dan jika mahu khidmatnya lagi, aku sekadar bayar upah meracun sahaja. padamulanya aku tidak anggap apa2 yg pelik atau aneh,sehinggalah suatu hari  apabila org ini beria-ia lagi  menyatakan bahawa racun aku yg dibelikan olehnya adalah racun yg mahal dan masih di simpanannya,.namun dari maklumat rakan sekerjanya, bercerita bahawa, org ini sebenarnya menggunakan racun majikannya untuk meracun rumputku dan bukanlah membeli racun sendiri. oleh itu, mengapa org ini dakwa dan minta wang kerana alasan membeli racun?. utk buktikan yg org ini berbohong, maka akupun meminta agar baki racun yg dibeli menggunakan duit aku itu dikembalikan padaku dgn alasan aku nak meracun sendiri. Namun sungguh mengejutkan kerana racun yg diberi oleh org ini kepadaku adalah racun dari tong majikannya yg dimasukkan ke dalam botol lain dan bukan dalam botol racun yg sepatutnya baru dibeli seperti yg diceritanya pada ku.Setelah peristiwa itu, aku jeran untuk meminta pertolongan dari org itu lagi...Apa2pun semua kenangan ini sekadar di pinggiran Wallauaklam.

No comments:

Post a Comment