Wednesday, January 26, 2011

nukilan akhir dan awal tahun

asaalamualaikum,
alhamdulillah,berlalunya 2010 dan tibanya 2011 dengan keadaan diriku yg masih ampuh berdiri ini, sedikit sebanyak turut melambai naluri ini untuk menoleh sebentar ke belakang yg telah mula ditinggalkan
dengan harapan untuk mengambil pengajaran dari sejarah silam. pepatah mengatakan ambil yg jernih buang yg keruh....2010...telah melakar sejuta makna dan memori yg boleh ku jadikan sempadan dan pedoman. mengenai diri sendiri, adik beradik, sanak saudara,jiran,malah masyarakat umumnya...semuanya berperanan dalam kehidupanku semalam. alhamdulillah, kusaksikan tahun semalam telah mengeratkan lg tali ikatan kemesraan kami adik beradik lantaran masing2 sedar perlunya tolakansur,toleransi serta kesedaran mengenai pertalian darah yg bagai air d cincang tidak akan putus.apalah gunanya jk menyimpan hasad dan ego semata2 untuk kepentingan diri memandangkan suatu hari nanti dalam susah dan senang, maka adik beradiklah yg akan dicari.begitu jua mengenai sanak saudara sendiri, selagi boleh pegangan ku adalah untuk memberikan seupaya mungkin tenaga dan wang ringgit jk perlu agar persaudaraan tetap berterusan walaupun sedikit calar terlakar di mana keikhlasan dan ketelusan dalam jiwa sanak saudaraku masih dibelengungi kabus.adatlah, enggang masakan sama terbang beriringan dengan si pipit.namun perkara yg mengharukan jiwaku berlaku dan terserlah jelas keikhlasan itu pada seorang sepupuku yg terlihat sewaktu majlis walimah adikku. dalam kami di situasi gelabah dan kelam kabut insan ini tidak kisah menghabiskam masanya cuba membantu dan ianya sedikt sebanyak memberi inspirasi kepada kami sekeluarga berbanding dengan sanak saudaraku yg lain. terima kasih Olin.
semalam juga mengajarkan aku agar jangan menuding jari sesuka hati kepada org lain tanpa selidik kerana padahnya, jk 1 jari menuding ke arah orang lain 4 jari yang lain mungkin akan menuding kepada kita pula. apa yg perlu adalah sifat saling sudi menerima kemaafan dan memohon kemaafan itu sendiri.
hari ini 2011...kebanyakan ibubapa resah dan sibuk memikirkan persiapan sekolah anak2.bagi diriku yg berkerjaya turut merasai tempias dan peritnya melunaskan peruntukan untuk anak2 memulakan persekolahan dan asrama,apatah lagi bagi mereka yg tidak berpekerjaan tetap.sedangkan untuk makan sehari dua pun mereka terkais2..inikan pula untuk memenuhi keperluan anak yg ramai di awal tahun persekolahan ini. sebagai org yg terlibat secara langsung dengan mereka ini, simpatiku tidak bermakna kerana diri mereka sendiri sebenarnya turut kehabisan daya untuk berusaha.inilah pentingnya pendedahan ilmu tentang pengurusan  dan perancangan diri dan keluarga yg harus diberi percuma kepada golongan ini oleh para motivator dan kebajikan masyarakat amnya agar golongan ini tahu mendahulukan keutamaan dalam hidup mereka, kerana selama ini aku berasakan mereka ini "just follow the flow" tanpa ada kesudahan.

untuk akhirnya aku tetap berharap agar dapat meneruskan langkah di tahun 2011 ini dengan keredhaan allah agar dipermudahkan segala urusan ku, ibubapaku,anak2ku,keluargaku,dan seluruh muslimin dan muslimat amnya.semuga berjaya memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.merasai nikmat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari malapetaka dan kejahatan dunia dan akhirat.insyaalaah.
sekian wassalam.

1 comment:

  1. dah dah.. jangan puji lelebih..you really made my day and make me smile all day... apapun.. ai benar-benar ikhlas.. bukan plastic surgery tau.. teruskan menulis coz you will never know who will read what you write.. jauh dimata dekat dihati..

    ReplyDelete