Thursday, November 18, 2010

Salam pengenalan, salam permulaan.

Asaalamualaikum dan salam sejahtera.Allhamdulillah akhirnya pada hari ini 18 nov 2010 terlahirlah blog aku yg sekian lama aku inginkan namun terhalang disebabkan beberapa perkara remeh selain kekangan masa.Apa yg aku harapkan blog ini akan memberikan kebaikan kepada diriku dan juga sesiapa yg melayarinya kerana sememangnya angan-anganku inginkan sebuah blog yang bermanfaat untuk semua. Di blaog ini aku ingin kongsikan segala suka duka, dan berkongsi pengalaman serta pendapat dan pandangan yang semestinya semuanya terhasil dan diciptakan terus DARI DALAM AKU....Sesungguhnya segala yg baik dan manfaat itu datang dari Allah dan yang kekurangan serta  kelemahan itu adalah dari diriku sendiri.Akhirnya untuk difikirkan bersama-sama, janganlah lupa rumput dbawah sekiranya kita telah berjaya mendaki ke atas, jangan lupa juga melihat insan yg daif dan susah dari kita setelah kita puas merenung mereka yg berjaya,kaya dan ternama, Sesungguhnya tidak salah mencontohi kejayaan dan kesenangan org lain sbg penyemarak semangat utk menjadi spt mereka namun janganlah sesekali melupakan akar d bumi setelah pucuk menjulang ke atas.Wassalam

1 comment:

  1. Selamat datang ke alam blogger... ni dah boleh buat novel.. puitis sungguh....

    ReplyDelete