Wednesday, November 24, 2010

resepi istimewaku- Salad ikan bilis.

untuk mereka yg ingin mencuba reepi istimewa ini yg sy berikan nama salad ikan bilis. Resepi ini sungguh mudah, ringkas dan rasanya dapat menambahkan selera apabila di makan dengan nasi panas. untuk mereka yg telah jemu dengan menu yg sarat, apa kata cubalah resepi ini. berikan komen anda sekiranya anda telah mencuba resepi ini ya..selamat mencuba!

Salad ikan bilis (anggaran untuk 2 org makan)

Bahan-bahannya

Bawang merah kecil  - 4-5 ulas,
Bawang putih- 2 ulas
Cili api -5-9 biji. (ikut sesedap rasa )
Limau kasturi -2 biji
bawang besar- 1 biji (di potong bulat2)
ikan bilis  sederhana besar - anggaran 2 genggam

Cara2nya

Ikan bilis di buang kepala dan di belah 2,kemudian di goreng garing dan ditoskan, ketepikan.
Bawang merah kecil dan bawang putih ditumbuk bersama cili padi. Boleh juga cili padi tadi di potong2 sahaja. (ikut selera anda)
tumiskan bahan tadi  dengan 2 - 3 sudu minyak masak didalam kuali sehingga kekuningan, kemudian masukkan ikan bilis,bawang besar dan sedikit garam.(Jika suka masukkan sedikit perasa).setelah bawang besar hampir layu,tutupkan api kemudian perahkan limau dan bolehlah dianggkat serta dihidangkan.

Mudah bukan?..Cubalah

No comments:

Post a Comment