Tuesday, September 14, 2021

ADAKAH PEKERJAAN GURU ITU DIWARISI?

 Hari ini aku ingin bercerita mengenai kerja guru. Adakah kerjaya ini diwarisi dari turun temurun?

Pada aku jawapannya tentulah tidak. Walau jauh dalam sudut hati seorang guru inginkan ada anak-anaknya yang akan menjejak langkah sebagai guru.

Aku nak berkongsi kisah keluargaku dan bidang keguruan ini. Aku mempunyai 9 orang adik beradik dan dari 9 orang tu, 6 daripanya adalah guru!... Alhamdulillah!... Bagaimanapun, dalam 3 orang yang tidak ditakdirkan menjadi guru itu ada seorang yang telah merasai bekerja sebagai guru lebih dari 5 tahun tetapi terpaksa berhenti kerana mempunyai komitment lain. Nah!...7/9 lah kan!..

Aku tak pasti adakah kami ini mewarisi pekerjaan ahli keluarga kami sebelum ini, rasanya tidak kerana datuk nenek kami dan pakcik-makcik kami kebanyakannya adalah petani dan berpelajaran biasa-biasa sahaja pada zaman mereka. Setelah zaman berubah dan anak-anak mula mendapat pendidikan agak tinggi barulah terlihat dalam kalangan keluarga kami ada yang menjadi guru.(zaman 70an)  Antaranya, sepupu-sepupu aku ( sebaya abang kakak aku)  dan  pak cik aku (kami sebaya). 

Kini setelah kami semua tua dan menghampiri pencen, anak -anak pula semakin besar dan mengorak langkah sendiri,tidak ramai waris keluarga aku yang mengikut jejak menjadi guru. Adapun seorang sahaja yang menjadi guru tetapi dia adalah anak kepada adik yang bukan guru...heheheh. 

Apapun, sebenarnya, dunia pendidikan kini kian mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk kita mengharunginya. Rezeki menjadi guru atau tidak terletak dalam tangan Allah yang menentukan segalanya. Moga nanti adalah pewaris aku yang dapat menjadi guru.. Amiinnn..( masih berharap)



2 comments:

  1. Hanya orang yang bertuah sahaja dipanggil guru
    sehingga pencen, sehingga kematiannya tetap dipanggil guru

    ReplyDelete