Wednesday, January 26, 2011

masak lemak ayam kampug dgn pegaga.

resepi ini aku belajar dari mak mertuaku yg berasal dari N.9.Nak rasa macammana, cubalah. senang dan simple jer bahan2ya.resepi ini salah satu drp masakan kegemaran hubby ku.Rasanya agak unik kerana kehadiran pegaga.

bahan-bahannya..

seekor ayam kampung.
kalau guna ayam bandar tak perlu sampai seekor .ini kerana ayam kg,selalunya kecik dan tak banyak daging.
cili padi (api) anggaran 2 genggam. jika tak suka pedas,agak2 lah...
1 inci setengah kunyit hidup.jika kunyit serbuk, maka rasanya agak berbeza.
5 batang serai,
3 keping asam telinga, suka
3-4 biji kentang
3 ringgit santan (perlu di tambah air)atau dari 2 biji perahan kelapa parut.
daun pegaga( ikut suka)
garam

caranya..

tumbuk ciliapi bersama kunyit hidup sehingga lumat biji2nya sekali.
ketukkan batang serai,
gaulkan semua bahan tadi dengan ayam di dalam periok.
agak2 ayam sudah kecut, masukkanlah santan,asam keping,dan garam.
setelah mendidih, masukkan kentang dan daun pegaga, tunggu sehingga ayam, kentang dan daun pegaga masak dan lembut.
siap utk di hidang!

2 comments:

  1. Montang-montang le dapat oghang noghori... betul-betul terangkat ni... kak nak tanya..asam telinga macam mana rupanya?

    ReplyDelete
  2. cer tengok telinga juan...camtu lah rupo eh..hihihi

    ReplyDelete